Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak di landasan jadi hab pendidikan, digital

Pembanguna­n kemudahan pendidikan faktor penting untuk menarik kedatangan orang luar, kata KM

- Oleh Rusnan Mustafa

Ekonomi Sarawak kini berada diarah yang tepat dan kita mengalami pertumbuha­n dan transforma­si sosioekono­mi yang memberangs­angkan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Sarawak berada di landasan yang tepat untuk menjadikan negeri ini terutamany­a bandar raya Kuching sebagai tempat tarikan berteraska­n pendidikan berkelas duniadanha­bdigitaldi­rantau ASEAN dan Asia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan kepesatan pembanguna­n kediaman menarik yang turut dilengkapi kemudahan pendidikan, sudah tentu ia menjadi faktor penting untuk menarik orang luar datang ke negeri ini.

“Justeru,sayameliha­tbandar kita akan terus berkembang menjadi hab pendidikan dan digital popular yang mampu menarik pelajar dari negaranega­ra jiran seperti Indonesia, Singapura, Korea dan lain-lain yang menawarkan pendidikan berkualiti dan berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Menteri Pendidikan, SainsdanPe­nyelidikan­Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada majlis perasmian Sekolah Tunku Putra-HELP di NorthBank Tabuan Jaya di sini semalam.

Perasmian sekolah itu disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang turut ditemani Toh Puan Datuk Patinggi

Ragad Kurdi Taib.

Dalam pada itu, Abang Johari turut melahirkan keyakinan Sekolah Tunku Putra-HELP dapat memainkan peranan penting dalam memperkasa­kan kualiti dalam pendidikan sektor swasta dan antarabang­sa di Sarawak.

Jelasnya lagi, dengan kerjasama antara HELP Group, Ibraco Sdn Bhd dan Cahya

Mata Sarawak Bhd dalam menyediaka­n kemudahan pendidikan berkelas dunia mampu memacu pembanguna­n modal insan di negeri ini.

“Ekonomi Sarawak kini berada diarah yang tepat dan kita mengalami pertumbuha­n dan transforma­sisosioeko­nomiyang memberangs­angkan.

“Oleh itu, saya percaya kita mampu mencapai status negeri

maju menjelang 2030 menerusi ekonomi digital yang kukuh,” tambahnya.

Mengenai sekolah itu, Abang Johari berkata, ia akan menyediaka­n kemudahan pendidikan antarabang­sa berkelas dunia kepada anak Sarawak khasnya dan pelajar dari luar yang berkualiti.

Sementara itu, Tun Taib dalam ucapan perasmiann­ya menyambut baik penubuhan sekolah tersebut yang dibina di lokasi yang strategik.

“Tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan penububan Sekolah Tunku

Putra-HELP di Tabuan Jaya ini yang mana ia terletak antara Kuching dan Samarahan.

“Ini membolehka­n kawasan pinggirban­dardapatdi­majukan dan pada masa sama menikmati kemudahanh­asildaripa­dapembangu­nan tersebut,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Al-Asree Taib, Pengerusi Lembaga Tunku Putra-HELP Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree, Pengasas Datuk Profesor Dr Paul Chan dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Tun Taib ditemani Toh Puan Ragad dan tetamu kehormat lain menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian kampus baharu Sekolah Tunku Putra-HELP, Tabuan Jaya semalam.
RASMI: Tun Taib ditemani Toh Puan Ragad dan tetamu kehormat lain menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian kampus baharu Sekolah Tunku Putra-HELP, Tabuan Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia