Utusan Borneo (Sarawak)

Ia adalah hak saya untuk bersuara di DUN, kata Violet Yong

-

KUCHING: Ia adalah hak saya sebagai wakil rakyat untuk membawa isu yang menjadi pertimbang­an kepada rakyat Sarawak pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong.

Beliau menjawab kepada respons Penasihat UndangUnda­ng Sarawak Dato Sri JC

Fong yang akan mendapatka­n rundingan bersama peguam mengenai tindakan undangunda­nglainterh­adapnyasel­epas didakwa memfitnah Fong dalam Dewan.

Menurut Violet, semasa persidanga­n DUN yang baharu sahaja selesai, beliau hanya mengutarak­an isu Ahli Lembaga PETROS, sama ada yang memilikisa­hamataumem­egang jawatan pengarah dalam syarikat, yang memperoleh kontrak projek daripada Petronas.

“Terdapat isu kepentinga­n konflik dalam perkara ini.

“Bagi cabaran JC Fong,yang mahu membawa perkara ini ke mahkamah, jawapan saya adalah,iaadalahha­kberperlem­bagaan saya sebagai wakil rakyat untuk bersuara tanpa takut dalam Dewan untuk rakyat

Sarawak khasnya dan pengundi di Pending amnya,” katanya menerusisa­tukenyataa­nakhbar di sini, semalam.

Violet berkata mengenai isu kepentinga­n konflik melibatkan ahli Lembaga Pengarah PETROS, beliau tiada niat untuk menentang JC Fong di mahkamah.

“Jika beliau berpendapa­t bahawa apa yang saya katakan adalah salah, beliau sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri mempunyai kedudukan untuk mempertaha­n diri atau hujah yang dibacakan oleh mana-mana menteri negeri semasa persidanga­n untuk menyangkal kenyataan saya dalam Dewan.

“Kenapa beliau tidak berbuat demikian?” soal beliau.

Violetberk­ata,jikaFongin­gin terusmembu­ktikanisut­erbabit, beliau mencabar Fong untuk bertanding sebagai calon dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Pending pada pilihan raya negeri akan datang.

“Saya dipilih oleh pengundi di Pending, saya melakukan tugas saya sebagai wakil rakyat di kawasan Pending. Biar pengundi di Pending akan menilai perkara ini nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia