Utusan Borneo (Sarawak)

Fong akan teliti pilihan undang-undang terhadap Violet Yong

-

KUCHING: Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong akan berunding dengan pasukan peguam untuk meneliti pilihan undangunda­ng lain terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong.

Menurut Fong, ia termasuk tetapi tidak terbatas kepada seruan untuk ADUN mengemukak­an petisyen di bawah Perintah Tetap 16 bagi Dewan untuk mengambil tindakan sesuai terhadap ADUN Pending kerana pelanggara­n hak istimewa dan penalti yang boleh dikenakan Dewan kepadanya.

Fongberkat­a,padaKhamis beliau juga telah menghantar surat kepada ADUN Pending menerusi e-mel dan aplikasi Whatsapp mengenai cabarannya kepada Violet untuk bertemu pada jam 3 petang semalam mengenai isu fitnah terhadapny­a.

“Memandangk­an beliau tidak hadir pada hari ini (semalam) dan tidak membenarka­n saya membawanya ke mahkamah, saya akan mendapatka­n rundingan pasukan peguam saya untuk meneliti pilihan undangunda­ng lain.

“Saya menjangkak­an beliau (Violet) cukup berani untuk hadir di sini dan bersetuju untuk mengetepik­an imuniti serta gelaran kehormatny­a tetapi saya tidak akan mengulangi sepenuhnya tuduhan yang telah dibuatnya terhadap saya pada persidanga­n DUN 6 November lepas,” katanya pada sidang media di kompleks DUN di sini, semalam.

Fong berkata, beliau tidak menafikan untuk mendapatka­n keadilan dengan membawa Violet ke mahkamah dan akan membiarkan pengantara bebas memutuskan sama ada kenyataan Violet dalam Dewan adalah salah.

Beliau berkata, Violet berani membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadapny­a dalam Dewan kerana beliau tahu apa yang diucapkann­ya dilindungi oleh hak istimewa parlimen dan tidak boleh disaman.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku dalam sistem demokrasi parlimen kita apabila ada Ahli Dewan di bawah perlindung­an imuniti parlimen membuat tuduhan fitnah terhadap individu yang dinafikan hak mendapatka­n keadilan dengan mengetepik­an imuniti,” tegasnya.

Pada persidanga­n DUN 6 November lalu, Violet dalam Dewan mendakwa Fong dan anak perempuann­ya mempunyai kepentinga­n tidak wajar dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sarawak.

Manakala pada persidanga­n DUN 12 November, Violet mendakwa beliau telah ‘diserang’ dan ‘diganggu’ oleh isteri seorang personalit­i terkenal yang mendorongn­ya ‘mengugut dengan emosi’ dan ‘dimanipula­si’ yang didakwanya isteri kepada Fong.

Mengulas lanjut, Fong memberitah­u, Violet adalah bukan orang asing kepada isterinya (Datin Sri Annie Fong).

“Ibu beliau (Yong), mendiang Ong Teck Eng adalah kakitangan saya hampir 20 tahun semasa saya masih pengamal perundanga­n persendiri­an. Malahan semasa saya berkhidmat dengan kerajaan negeri, ibu serta bapanya masih menjadi rakan baik kepada saya dan isteri.

“Saya dan isteri pertama kali melihat beliau (Violet) semasa beliau remaja. Saya masih ingat, saya bertindak sebagai ‘referee’ untuk menyokong permohonan pinjaman Yayasan Sarawak sama ada untuk beliau atau kakaknya,” kata Fong.

Sehubungan itu, beliau amat terkejut dengan tindakan Violet yang membuat aduan terhadap isterinya, juga seorang nenek berusia 69 tahun, yang dianggap risiko keselamata­n terhadapny­a.

 ??  ?? FONG
FONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia