Utusan Borneo (Sarawak)

Rundingan masih dijalankan berhubung cukai lima peratus: Pengerusi Petronas

-

KUCHING: Petronas menegaskan rundingan masih dijalankan antara syarikat itu, kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri berhubung pembayaran cukai lima peratus ke atas produk petroleum kepada Sarawak.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh yang memberitah­u, rundingan tersebut dijalankan secara berterusan.

“Kita masih berunding antara Petronas dan kerajaan persekutua­n dengan kerajaan negeri. Ia sedang dijalankan secara berterusan,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Petrosains Playsmart Kuching oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Suarah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan kerajaan negeri yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas jika masih gagal membayar cukai lima peratus tersebut.

Ditanya bila mesyuarat antara Petronas, kerajaan persekutua­n dan kerajaan Sarawak akan dijalankan Nizam berkata: “Perkara itu kita serahkan kepada kerajaan persekutua­n (untuk memanggil mesyuarat).”

Tambahnya lagi, di peringkat Petronas pula, pihaknya sentiasa bekerja rapat dengan kerajaan negeri.

Pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu lalu, Ketua Menteri menegaskan, Petronas mesti menjelaska­n cukai jualan negeri jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

Katanya, jika Petronas mahu kadar cukai berkenaan dikurangka­n, sebarang kekurangan mesti dibayar kerajaan persekutua­n dalam bentuk pampasan menerusi rundingan dengan syarikat minyak negara itu.

Langkah itu ujarnya, untuk memastikan hasil daripada cukai jualan negeri produk petroleum diterima Sarawak tahun ini dan tahun-tahun seterusnya tidak berkuranga­n daripada jumlah dianggarka­n dalam belanjawan tahunan negeri.

“Saya mesti dengan tegas mengulangi jika Petronas tidak membayar cukai jualan negeri yang sudah ditaksir, tindakan undang-undang akan diambil ke atas cukai tidak dibayar.

“Justeru, dakwaan kerajaan Sarawak memperkena­lkan bajet yang ‘berlebihle­bihan’ kerana berdasarka­n pendapatan belum wujud, jelas tindakan tidak bertanggun­gjawab, provokatif dan memandang rendah segala usaha kerajaan negeri untuk memastikan cukai jualan untuk produk-produk petroleum menyumbang hasil diharapkan,” katanya.

Malah, kerajaan negeri turut mengeluark­an notis taksiran kepada Petronas untuk membayar cukai tersebut.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Fedora Zulkifli, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia