Utusan Borneo (Sarawak)

Amat merugikan jika nilai kearifan tempatan tidak dimanfaat secara ekonomi atau rujukan bernilai tinggi: Awang Tengah

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Sarawak mempunyai pelbagai khazanah kearifan tempatan dalam pelbagai bidang yang masih belum diketengah­kan dan didokument­asikan sepenuhnya untuk tatapan masyarakat di Malaysia dan luar negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, amat merugikan jika nilai yang ada dalam kearifan tempatan di negeri ini tidak dimanfaatk­an secara komersial dalam bidang ekonomi ataupun sebagai rujukan dengan nilai akademik yang tinggi.

“Usaha bersepadu perlu dibuat untuk menerokai kerjasama di peringkat kebangsaan ataupun antara

Usaha seperti ini dapat membantu pihak di Lawas mengekalka­n pelbagai khazanah peribumi yang dianggap terancam oleh sesetengah pihak khususnya di kawasan yang akan dan sedang dibangunka­n.

Timbalan Ketua Menteri

bangsa dengan lebih luas lagi melibatkan agensi luar negara mahupun institusi dan agensi dalam negeri untuk mengetenga­hkan kearifan tempatan,” ujarnya pada Seminar Kearifan Tempatan Sarawak dan Pelancaran Buku Lawas di Hotel Seri Malaysia di sini, malam kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah banyak membantu untuk mendokumen­tasikan pelbagai khazanah peribumi yang terdapat di Lawas merangkumi pelbagai bidang seperti ekonomi, tokoh, sejarah, persuratan, pelanconga­n dan kebahasaan dalam sebuah buku.

“Usaha seperti ini dapat membantu pihak di Lawas mengekalka­n pelbagai khazanah peribumi yang dianggap terancam oleh sesetengah pihak khususnya di kawasan yang akan dan sedang dibangunka­n.

“Selain itu, ia akan menjadikan Lawas terus dikenali sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabang­sa dengan hebahan maklumat yang diperoleh,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pemilihan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia pada tahun hadapan haruslah diraikan bersama khususnya masyarakat di Sarawak dengan memperheba­tkan gerakan membaca serta menerbitka­n buku-buku ilmiah dalam pelbagai judul.

Pada majlis itu, Awang Tengah turut melancarka­n buku ‘Lawas: Memugar Khazanah Melestarik­an Peradaban.’

Justeru, beliau berterima kasih kepada kumpulan penyelidik yang terdiri daripada pegawai dan pensyarah dariDBPCaw­anganSaraw­ak, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Pejabat Daerah Lawas kerana begitu berdedikas­i membuat penyelidik­an dan seterusnya menerbitka­n buku tersebut.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pengurus Besar Yayasan Amanah Khairat Yayasan Melayu Sarawak Datu Dr Sanib Said, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abdul Wahab Hamzah dan Ketua Bahagian Penyelidik­an Sastera DBP Abang Haliman Abang Julai.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

 ??  ?? RASMI: Awang Tengah (dua kanan) melancarka­n buku yang memuatkan informasi tentang Lawas, malam kelmarin.
RASMI: Awang Tengah (dua kanan) melancarka­n buku yang memuatkan informasi tentang Lawas, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia