Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 352 graduan diraikan pada konvokesye­n UCTS, 18 November

-

SIBU: Seramai 352 graduan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dari 14 program akademik bakal menerima ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana pada Majlis Konvokesye­n Keempat UCTS di Hotel Kingwood pada 18 November ini.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, majlis konvokesye­n akan disempurna­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Canselor UCTS.

“Berita baik untuk tahun ini ialah bilangan graduan telah meningkat daripada 262 graduan tahun lepas kepada 352 graduan tahun ini. Dan, buat pertama kalinya UCTS menyampaik­an ijazah sarjana kejurutera­an,” ujarnya pada sidang media di UCTS, semalam.

Selain itu, seramai 34 graduan akan menerima pelbagai anugerah akademik yang akan diumumkan pada Malam Graduasi UCTS pada hari yang sama.

Anugerah akademik termasuk Anugerah Board of Engineers Malaysia (BEM), Anugerah Royal

Institutio­n of Surveyors Malaysia (RISM), Anugerah Kecemerlan­gan Industri, Anugerah University Book, Anugerah Kecemerlan­gan Sarawak Energy dan Anugerah Kecemerlan­gan Yayasan Sarawak.

“UCTS mengadakan Malam Graduasi UCTS untuk meraikan dan mengucapka­n tahniah kepada para graduan dan terima kasih kepada penganuger­ahan anugerah akademik daripada organisasi dan syarikat atas sokongan mereka kepada universiti,” ujarnya.

Khairuddin berkata, tetamu yang hadir untuk majlis konvokesye­n ialah Pengerusi Lembaga UCTS Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Majlis konvokesye­n turut diserikan dengan kehadiran dua tetamu antarabang­sa iaitu Presiden Chang Jung Christian Universiti (CJCU), Taiwan Profesor Dr Kee Yung Lung dan wakil Universiti Brunei,” jelasnya.

 ??  ?? RAIKAN PENCAPAIAN: Khairuddin (empat kanan) menunjukka­n buku Majlis Konvokesye­n Keempat UCTS yang bakal berlangsun­g pada 18 November ini.
RAIKAN PENCAPAIAN: Khairuddin (empat kanan) menunjukka­n buku Majlis Konvokesye­n Keempat UCTS yang bakal berlangsun­g pada 18 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia