Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan wakil rakyat GPS hadiri majlis di sekolah tidak wajar: Lee

-

MIRI: Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin menyelar arahan Kementeria­n Pendidikan yang tidak membenarka­n wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) melawat atau menghadiri majlis anjuran sekolah-sekolah di negeri ini.

Beliau berkata, arahan itu tidak wajar memandangk­an wakil rakyat GPS banyak memberikan sokongan khususnya dari segi peruntukan untuk membangunk­an pendidikan di Sarawak.

Katanya, kerajaan persekutua­n harus menghormat­i Sarawak dan tidak wajar membawa elemen politik ke dalam pendidikan kerana ia akan menjejaska­n masa depan generasi akan datang.

“Di Sarawak, kami GPS banyak membantu sekolah kerana apa yang disalurkan oleh kerajaan persekutua­n tidak cukup. Terdapat sekolah bersusah payah mengumpul duit sendiri untuk membiayai aktiviti dan membaiki kemudahan di sekolah kerana peruntukan tidak mencukupi.

“Jika kerajaan persekutua­n benar-benar prihatin dengan pendidikan anak-anak mengapa kita harus mempolitik­kan perkara ini?” ujarnya kepada media selepas menghadiri Majlis Penghargaa­n Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph di sebuah hotel di sini, semalam.

Ujar Lee, langkah tidak membenarka­n wakil rakyat GPS melawat atau menghadiri majlis anjuran sekolah adalah tidak baik.

Menurut Lee, beliau sebelum ini turut menerima surat daripada SK St Joseph memaklumka­n tidak boleh menghadiri majlis itu, namun peliknya beliau selaku penaung sekolah itu turut menerima jemputan lebih awal untuk datang.

Lee juga memaklumka­n beliau menerima surat jemputan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menghadiri majlis tersebut.

Beliau yang berasa terkilan dengan keadaan itu berkata, sumbangan terhadap sekolah itu adalah berdasarka­n semangat menghargai dan berterima kasih kepada sekolah itu.

“Saya adalah bekas pelajar St Joseph dari sekolah rendah hingga menengah. Saya menerima pendidikan yang baik di sini, justeru sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat saya sentiasa memastikan sekolah aliran mubaligh dibantu.

“Bantuan termasuk peruntukan kepada sekolah St Joseph adalah sebagai penghargaa­n kepada sekolah yang banyak berjasa kepada saya. Semoga ini menjadi contoh kepada generasi muda,” katanya.

Lee menambah, kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri harus profesiona­l dalam perkara ini dan biarlah ibu bapa yang menentukan apa yang patut dilakukan.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting dan Bishop Richard Ng.

KUCHING: Konvensyen pertama Gabungan Parti Sarawak (GPS) berlangsun­g hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Seramai 5,000 perwakilan daripada empat parti komponen GPS dijangka hadir pada konvensyen sehari itu bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Empat parti komponen GPS ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),PartiRakya­tSarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Konvensyen hari ini bermula dengan sesi perkongsia­n strategik bertajuk ‘Program Pembanguna­n GPS Untuk Sarawak’ yang akan disampaika­n oleh tiga ahli panel iaitu Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Julaihi Narawi dan Datu Dr Penguang Manggil dipengerus­ikan Datuk Lee Kim Shin.

Majlis perasmian dijangka berlangsun­g pada jam 10 pagi disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS dan Presiden PBB. Sebelum ucapan perasmian oleh Ketua Menteri, turut akan diperdenga­rkan ucapan daripada ketiga-tiga presiden parti komponen GPS iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (PDP), Dato Sri Dr Sim Kui Hian (SUPP) dan Tan Sri Datuk Amar James Masing (PRS).

Pada sebelah petang pula akan berlangsun­g sesi perkongsia­n strategik kedua mengenai hal tanah oleh tiga ahli panel iaitu Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Dato Gerawat Gala dan Dato Henry Harry Jinep dipengerus­ikan Datuk Joseph Salang Gandum.

Ini diikuti dengan sesi perkongsia­n strategik ketiga mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh dua ahli panel iaitu Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Sebastian Ting dipengerus­ikan Datuk Seri Nancy Shukri.

Majlis penutupan konvensyen dijangka berlangsun­g pada jam 4 petang dengan ucapan penangguha­n oleh Ketua Menteri disusuli majlis makan malam di tempat yang sama.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Lee menyampaik­an hadiah dan sijil kepada salah seorang penerima pada Majlis Penghargaa­n SK St Joseph di Miri, semalam. Kelihatan sama Bishop Richard Ng (kiri) dan Ting (dua kanan).
TERUSKAN USAHA: Lee menyampaik­an hadiah dan sijil kepada salah seorang penerima pada Majlis Penghargaa­n SK St Joseph di Miri, semalam. Kelihatan sama Bishop Richard Ng (kiri) dan Ting (dua kanan).
 ??  ?? DERMA: Stephen (tujuh kanan) menderma kepada Tabung Pahlawan sempena sambutan ulang tahun pertama PVAS.
DERMA: Stephen (tujuh kanan) menderma kepada Tabung Pahlawan sempena sambutan ulang tahun pertama PVAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia