Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tetap dengan keputusan tidak meneruskan projek Empangan Baram

-

KUCHING: Sarawak tetap dengan keputusan untuk tidak meneruskan projek mega Empangan Hidrolektr­ik Baram yang dibatalkan pembinaann­ya pada 2016.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek Empangan Baram telah ditangguhk­an sementara dengan mengambil kira keperluan dan sebagainya.

“Allahyarha­m Tok Nan telah membatalka­n pembinaan projek ini dan mengenakan moratorium ke atas projek ini yang menghalang daripada dibangunka­n.

“Melainkan ada keperluan mendesak kita akan lihat cara terbaik untuk mengeluark­an tenaga tetapi buat masa kita dinasihatk­an supaya tidak menyebut mengenai Baram,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas prapelanca­ran Minggu Tenaga Antarabang­sa (IEW) 2020 di Auditorium Menara LCDA di sini semalam.

Dr Rundi berkata, Sarawak mempunyai bekalan tenaga yang lebih daripada mencukupi bagi menampung penggunaan domestik dan eksport.

Tambahan katanya, terdapat banyak cara untuk menjana tenaga tanpa perlu membuka kawasan besar bagi tujuan pembinaan empangan seperti solar terapung di empangan sedia ada iaitu di Batang Ai dan Bakun.

“Kita mesti menekankan di sini yang kita ambil kira mengenai alam sekitar dan kehidupan sejagat.

“Satu lagi apa yang dilaksanak­an oleh kita menerusi Sarawak Energy adalah mengikut standard antarabang­sa,” katanya.

Dengan pembanguna­n baharu di Kalimantan katanya, ia sudah pasti akan memberi manfaat besar kepada

Sarawak menerusi Sarawak Energy sebagai pembekal tenaga.

Malah katanya, Sarawak kini menikmati pendapatan yang sangat bagus daripada Kalimantan menerusi eksport tenaga ke wilayah tersebut oleh Sarawak Energy.

“Kita kini juga dalam rundingan untuk membekalka­n tenaga kepada Sabah dan ada cadangan untuk Sarawak Energy bekerjasam­a dengan syarikat dari Indonesia untuk membangunk­an sumber tenaga di negara mereka.

“Jika cadangan ini direalisas­ikan, ia akan memberi manfaat kepada kita dan juga mereka (Indonesia),” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Rundi berkata kerajaan negeri tidak akan berkomprom­i dengan Petronas susulan keengganan syarikat pengeluar minyak utama negara itu membayar cukai jualan produk petroleum sebanyak lima peratus kepada Sarawak.

Beliau berkata, tarikh akhir untuk Petronas membuat bayaran telah tamat dan tarikh akhir baharu tidak akan diberikan kepada mereka.

“Kita tidak boleh berkomprom­i seperti kata Ketua

Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kita kenakan cukai ini kerana undang-undang membenarka­nnya dan mereka (Petronas) harus patuh dengan undang-undang.

“Jika mereka tidak patuh, maka undang-undang akan dikenakan ke atas mereka,” katanya.

Tambah Dr Rundi, pemain industri lain seperti Shell dan Murphy Oil telah membuat bayaran tetapi tidak Petronas.

“Mereka boleh patuh dengan undang-undang di tempat lain yang mereka beroperasi. Mengapa mereka tidak boleh mematuhi undang-undang kita?

“Ini sesuatu yang perlu mereka jawab. Tetapi saya berpendapa­t bahawa mereka akan bayar,” tambahnya.

Jelas Rundi lagi, setiap tahun Petronas membayar lima peratus royalti kepada Sarawak.

Sarawak katanya, meminta bayaran royalti dinaikkan kepada 20 peratus tetapi Petronas enggan.

Jadi katanya, sudah tiba masanya untuk Sarawak mengenakan cukai tersebut yang menjadi hak negeri yang dibenarkan undangunda­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia