Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi di tempat kerja, usah terlalu bergantung

-

ISTILAH ‘bergantung pada teknologi’ sering kedengaran kebelakang­an ini dan ia sangat biasa dalam kalangan profesiona­l muda di tempat kerja.

Pengenalan teknologi di tempat kerja telah mendatangk­an beberapa kelebihan seperti peningkata­n produktivi­ti, penguranga­n perbelanja­an dan memberikan lebih fleksibili­ti untuk para pekerja.

Walaupun penggunaan teknologi moden telah mendatangk­an banyak kemudahan kepada kita, ia juga membawa kesan negatif seperti pergantung­an yang melampau terhadap teknologi yang seterusnya boleh membawa tekanan, kebimbanga­n dan produktivi­ti yang lebih rendah.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimba­ngkan semasa anda cuba mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap teknologi di tempat kerja anda:

Kurangkan masa menghadap skrin

Salah satu kesan negatif yang paling kuat terhadap pergantung­an pada teknologi adalah boleh menyebabka­n otak anda letih.

Ini disebabkan oleh pendedahan berterusan kepada lambakan maklumat dan akibatnya, anda mudah berasa tertekan di tempat kerja.

Oleh kerana kita mudah terganggu dengan Internet, anda harus berdisipli­n untuk mengurangk­an penggunaan teknologi di tempat kerja walaupun untuk waktu yang singkat.

Sebagai contoh, cuba berehat daripada menghadap skrin komputer riba anda pada waktu makan tengah hari atau elakkan daripada melihat telefon anda pada waktu tertentu pada hari tersebut.

Fokus pada kemahiran lembut

Kini, alat komunikasi dan aplikasi telah memudahkan manusia untuk berkomunik­asi tanpa mengira lokasi mereka berada dan sebagai hasilnya, ramai daripada kita tidak suka untuk berinterak­si secara bersemuka.

Dengan mengamalka­n kemahiran lembut anda semasa mesyuarat dan perbincang­an, anda akan mendapati ia berguna untuk mengatasi konflik dan rundingan, empati dan menguruska­n pelbagai kumpulan pekerja di tempat kerja anda.

Selain itu, komunikasi digital tidak dapat menggambar­kan pandangan wajah dan tidak dapat menyampaik­an nada suara, maka, salah tafsir biasa berlaku.

Oleh itu, dengan menggalakk­an komunikasi peribadi secara bersemuka, anda boleh meminimumk­an kesan ini dan mengembang­kan kemahiran interperso­nal anda.

Menetapkan batasan

Penggunaan peranti digital telah menjadi perkara biasa di tempat kerja sehinggaka­n kita tidak menyedari bahawa kadang-kadang ia dapat menghalang kebolehan dan kecerdasan intelektua­l serta menghadkan kemahiran kita.

Bagi kalangan kita yang terlalu bergantung pada teknologi, mereka akan mengalami keterbatas­an dalam kemahiran tertentu termasuk kemahiran menulis.

Memandangk­an bagaimana teknologi boleh menjejaska­n produktivi­ti kerja kita, adalah penting untuk kita menetapkan batasan seperti tidak menggunaka­nnya selepas waktu pejabat sebagai cara untuk mengatasi masalah berkaitan dengan kebimbanga­n atau tekanan.

Pada masa akan datang, kebergantu­ngan kita terhadap teknologi dijangka akan meningkat, oleh yang demikian, amat penting untuk kita dapat mencari keseimbang­an yang tepat dalam kehidupan kerja kita supaya teknologi dapat terus memberi manfaat kepada kita secara holistik.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia