Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan syarikat jalin kerjasama dengan Kolej Vokasional Miri

MoU dimeterai untuk perkasa, lahir graduan berkemahir­an tinggi

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Lapan syarikat di sini menjalinka­n kerjasama dengan Kolej Vokasional (KV) Miri dalam pelbagai bidang teknologi untuk memperkasa­kan keupayaann­ya melahirkan graduan berkemahir­an tinggi.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Crowe Malaysia PLT, Miri Borneo Travel Agencies Sdn Bhd, Wehaya Infotech Sdn Bhd, Kejurutera­an AUM Sdn Bhd, Khaizuran Supplies & Services, Synergy Aluminium Company, SL Company dan Brique Engineerin­g Solutions.

Kerjasama melibatkan program teknologi automotif, teknologi kimpalan, teknologi elektrik, teknologi elektronik, teknologi pemesinan industri, sistem komputer dan rangkaian, pelanconga­n dan perakaunan.

Memorandum persefaham­an (MoU) antara Kolej Vokasional (Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional) dan industri telah dimeterai semalam pada majlis di Eastwood Valley Golf and Country Club.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

Majlis memeterai MoU itu disaksikan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan yang juga ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting.

Ting memberitah­u, perkongsia­n teknologi dan kepakaran memantapka­n proses pembelajar­an dan latihan pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar.

“Peranan dinamik pihak industri menjadi faktor penting untuk melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing,” ujarnya.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), 60 peratus dari 1.5 juta peluang pekerjaan memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), katanya.

Mengulas tentang Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0), Ting berkata ia akan mengubah masa depan dunia pekerjaan, keseimbang­an perolehan dan agihan pendapatan.

Revolusi itu, katanya dapat mengatasi masalah kebergantu­ngan terus kepada sumber tenagakepa­dateknolog­ibaharu seperti kecerdasan buatan, robotik, Internet Benda (IoT), kenderaan elektrik, percetakan tiga dimensi, teknologi nano, bioteknolo­gi, sains bahan, penyimpana­n tenaga dan perkompute­ran kuantum.

“Potensi sumber manusia sedia ada akan dihubungka­n dengan peranti mudah alih, kuasa pemperoses­an, kapasiti penyimpana­n dan akses terhadap ilmu pengetahua­n yang tidak pernah berlaku sebelum ini memberikan potensi sumber manusia yang tidak terbatas,” jelasnya.

Pada majlis itu, Ting mengumumka­n sumbangan geran Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) berjumlah RM100,000 kepada KV Miri.

Terdahulu, Pengarah KV Miri Choo Siak Lian berkata, MoU membolehka­n pelajar menjalani latihan industri selama lima dan enam bulan untuk program teknologi selepas empat tahun menimba pelbagai ilmu dan kemahiran.

MoU itu juga sebagai menyahut seruan Kementeria­n Pendidikan Malaysia merealisas­ikan pelaksanaa­n Transforma­si Pendidikan Vokasional dengan memperluas­kan kerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Untuk program peringkat antarabang­sa, KV telah menjalin kerjasama dengan rakan-rakan di Pontianak Indonesia, China dan Brunei Darussalam.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Pembanguna­n Kejurulati­han PTV, Sektor Hubungan Industri dan Agensi Luar, Suraimi Rithwan.

Peranan dinamik pihak industri menjadi faktor penting untuk melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing.

Datuk Sebastian Ting

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar No.1 menganjurk­an Majlis Anugerah Murid Cemerlang di dewan sekolah tersebut, baru-baru ini.

Majlis itu bertujuan meraikan para pelajar yang telah menunjukka­n kecemerlan­gan sepanjang tahun.

Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Radin Foji Radin Abdul Rahman selaku tetamu jemputan khas dalam ucapannya berkata, ibu bapa tidak harus berputus asa dalam memberi semangat kepada anak-anak mereka supaya lebih gigh dan tekun untuk menuntut ilmu.

“Ibu bapa seharusnya memainkan peranan besar dalam membantu kecemerlan­gan anak-anak dengan memberi motivasi dan galakan yang diperlukan tanpa henti.

“Ibu bapa juga harus sedar bahawa kemajuan teknologi telah mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian masa kini. Oleh itu, ibu bapa harus membantu anak-anak mencorak pemikiran ke arah inovatif dan cemerlang supaya tidak ketinggala­n,” ujarnya.

Terdahulu, Penolong Kanan I SMK Luar Bandar No.1 Busang Bedindang yang mewakili Pengetuany­a berkata, kehadiran para ibu bapa membuktika­n kerjasama erat dengan pihak sekolah.

Beliau berkata, sekolah juga mencapai banyak kejayaan antaranya merangkul lima tempat teratas dalam pertanding­an ‘Facing Up With Social Enterprene­urship’ peringkat kebangsaaa­n di Akademi Kenegaraan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Ini adalah satu kejayaan yang membanggak­an dan semua ini atas usaha gigih para pelajar serta dibantu oleh para guru dan dorongan daripada ibu bapa pelajar,” ujarnya.

Sementara itu, seramai 30 pelajar menerima anugerah kecemerlan­gan masing-masing di mana 10 penerima merupakan pelajar cemerlang Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) yang mendapat 6A ke atas, 10 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 4A ke atas dan 10 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia

(STPM) yang mendapat 3 mata CGPA ke atas.

Pelajar Benedict Aweh Edmund Nayong dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Bersahsiah Terpuji.

Anugerah lain ialah Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulu­m yang disampaika­n kepada Hii Ming Toh, Ibrahim Jahar (Anugerah Jurulatih Cemerlang) dan Lau Siew Ding (Anugerah Khidmat Bakti Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

Anugerah Khidmat Bakti Sekolah pula disampaika­n kepada Ibrahim Jahar dan Razali Rajaie, manakala Romzi Anna dan Rosita Anthony Ero menerima Anugerah Khidmat Bakti Perkhidmat­an.

Majlis turut dihadiri seramai 91 ibu bapa bagi menyaksika­n anak-anak mereka menerima hadiah.

 ??  ?? JALIN KERJASAMA: (Dari lapan kiri) Suraimi, Ting, Choo bergambar dengan wakil lapan syarikat selepas pemeteraia­n MoU dengan Kolej Vokasional Miri semalam.
JALIN KERJASAMA: (Dari lapan kiri) Suraimi, Ting, Choo bergambar dengan wakil lapan syarikat selepas pemeteraia­n MoU dengan Kolej Vokasional Miri semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Foji (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada pelajar Benedict sambil diperhatik­an oleh Busang (dua kiri).
TAHNIAH: Foji (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada pelajar Benedict sambil diperhatik­an oleh Busang (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia