Utusan Borneo (Sarawak)

80 pelajar sertai program potensi industri agromakana­n anjuran MPC

-

BINTULU: Malaysia Productivi­ty Corporatio­n (MPC) menerusi inisiatif Agro-food Productivi­ty Nexus (AFPN) menganjurk­an program ‘Industry Induction Course for Interns’ di Hotel Promenade Bintulu, baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) itu yang julung kali diadakan adalah untuk memfokuska­n perkembang­andanpemba­ngunan berkaitan agromakana­n.

Enam penceramah jemputan tampil dalam sesi perkongsia­n dengan para pelajar terdiri daripada Dr Mohamad Faizul Mat Isa dari UPMKB, Juliana Ritonga Saipul Jannah (Jabatan Pertanian), Marie Goh (Croplife Malaysia), Prof Dr Koo Voon Chet dari Multimedia University (MMU), Dr Mazniza Sairi dari Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (MARDI) dan Kit Chan (K-Farm Sdn Bhd).

Program tersebut dihadiri 80 pelajar diploma dan sarjana muda tahun akhir serta penyelaras program latihan industri di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB.

Menurut jurucakap UPMKB, tujuan utama program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan bakat, cabaran dan peluangyan­gmerekabol­ehterokai dalam bidang pertanian.

Selain itu katanya, ia menyampaik­an keperluan pihak industri dan bagaimana pelajar boleh menjadikan­nya sebagai peluang dalam membentuk kerjaya dalam bidang pertanian.

“Program itu juga menggalakk­an perubahan minda para pelajar yang didorong oleh para penceramah dengan menyampaik­an ilmu pengetahua­n mengenai peraturan-peraturan serta piawaian yang wujud dalam industri agromakana­n kepada petanipeta­ni yang akan bekerjasam­a bersama pelatih latihan industri,” tambahnya.

Pelajar diploma dan sarjana muda juga katanya, diharap dapat menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif bermula dengan mempraktik­kan pengetahua­n yang dipelajari di institusi pendidikan dan bertindak sebagai saintis semasa menjalani latihan industri.

Inisiatif Agro-food Productivi­ty Nexus katanya, menekankan kerjasama industri dengan institusi pengajian pertanian bagi merapatkan jurang dalam bidang agromakana­n negara sekali gus memperting­katkan produktivi­ti kedua-dua pihak.

Pembukaan rasmi program telah disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah MPC Zulaifah Omar serta Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini.

 ??  ?? LAWATAN: Imran (belakang lapan kiri), Ardila (sepuluh kiri), Annie (tiga kiri) bergambar bersama kanak-kanak dan penjaga di TH semalam.
LAWATAN: Imran (belakang lapan kiri), Ardila (sepuluh kiri), Annie (tiga kiri) bergambar bersama kanak-kanak dan penjaga di TH semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta program merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan, pihak penganjur dan penceramah.
UNTUK ALBUM: Para peserta program merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan, pihak penganjur dan penceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia