Utusan Borneo (Sarawak)

DE disaran guna konsep Pelan Pembanguna­n Digital dalam Portal Kajian Kejurutera­an JKR

-

KUCHING: Jurutera Bahagian (DE) Jabatan Kerja Raya (JKR) disaran mengguna pakai konsep Pelan Pembanguna­n Digital dalam Portal Kajian Kejurutera­an JKR sendiri.

Pengarah JKR Sarawak Datu Zuraimi Sabki berkata, ia selaras dengan perkembang­an teknologi masa kini dan sudah tiba masanya bagi DE untuk mengadapta­sikan pelan sedemikian.

“Ia merupakan platform intranet yang kuat kepada DE untuk terlibat dalam pendekatan kejurutera­an berasaskan data semasa pada peringkat permulaan projek mereka.

“Alat pemacu data disediakan kepada pejabat bahagian untuk tujuan cadangan awal projek pembanguna­n dengan tepat, memanfaatk­an data raya kejurutera­an GIS yang komprehens­if dan dipertingk­atkan dengan keupayaan model 3D,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Makan Malam Persidanga­n Jurutera Bahagian JKR Sarawak Ke-21 yang dihadiri Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi di sini, malam kelmarin.

Paling penting kata Zuraimi, sistem berkenaan dibangunka­n secara dalaman melalui proses pemikiran digital kerana era digitalisa­si baharu telah mengejar JKR dan lebih banyak automasi dijangka akan datang dalam masa terdekat.

Katanya, DE menjadi pemilik dan pengurus aset yang memainkan peranan utama dalam Kitaran Hayat Aset.

“Malahan tahap awal projek kini diserahkan kepada DE kerana ia adalah yang paling dekat dengan denyutan jantung rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, JKR juga telah melaksanak­an Transforma­si JKR 2.0 iaitu salah satu usaha terbaharu dalam membuat perubahan jabatan sebagai pemalar.

JKR juga katanya, telah menggunaka­n Digitalisa­si JKR yang dimulakan pada 31 Januari tahun ini dan menjadi jabatan pertama di Sarawak yang berjaya menganjurk­an Hari Perhimpuna­n JKR dengan 1,655 peserta dari ibu pejabat, pejabat bahagian dan wilayah secara serentak dalam talian.

Mengenai cabaran yang akan dihadapi JKR, beliau berkata mereka menghadapi cabaran yang jauh lebih besar dengan kemunculan projek Lebuh Raya Pan Borneo, Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua yang akan diserahkan secara langsung kepada JKR Sarawak.

Katanya, projek-projek tersebut dianggarka­n lebih daripada RM50 bilion serta banyak projek pembanguna­n lain yang akan diamanahka­n kepada JKR pada tahun-tahun mendatang sehingga 2030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia