Utusan Borneo (Sarawak)

PH wajar ambil pendekatan ‘gentlemen’ bentuk Malaysia Baharu: Henry Kanyan

-

SIBU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih terbuka dan ‘gentlemen’ dalam konteks pembentuka­n Malaysia Baharu.

Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, larangan terhadap pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) berucap dalam majlis anjuran sekolah menunjukka­n sikap yang tidak ‘gentlemen.’

“Kerajaan PH dengan Malaysia Baharu seharusnya lebih segar dengan tidak mengulangi mana-mana kesalahan atau dasar tidak baik yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” ujarnya ketika dihubungi kelmarin.

Menurut Kanyan, jika arahan tersebut benar ia hanya akan meletakkan lembaga sekolah dalam keadaan serba salah apabila wakil rakyat GPS hendak menghulurk­an bantuan kepada sekolah.

“Sudah menjadi satu amalan biasa bagi lembaga sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin di sini untuk menjemput wakil rakyat GPS sebagai tanda mengiktira­f sumbangan mereka kepada sekolah,” jelasnya.

Tambahnya, ADUN Tamin Christophe­r Gira Sambang adalah pemimpin yang berjiwa rakyat di mana beliau telah banyak menghulurk­an peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah dalam kawasannya.

“Ia termasuk bantuan membina dewan, bantuan kewangan untuk penganjura­n aktiviti murid dan sebagainya. Sebagai salah seorang bekas pelajar luar bandar, beliau tahu apa kekurangan yang diperlukan oleh sekolah di kawasan luar bandar,” ujar Kanyan.

Tegasnya, larangan tersebut tidak membawa manfaat kepada sekolah, sebaliknya membawa kerugian kepada pelajar di kawasan luar bandar.

“Disebabkan larangan itu, pelajar di kawasan luar akan kerugian,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia