Utusan Borneo (Sarawak)

162 peserta hadiri ceramah untuk tingkat pendapatan petani anjuran SCCI Bintulu

-

BINTULU: Seramai 162 peserta telah menghadiri ceramah anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) Wilayah Bintulu baru-baru ini.

Ceramah berkenaan yang bertajuk ‘Memaksimum­kan Produktivi­ti Tanah dan Tanaman Bagi Meningkatk­an Pendapatan Petani,’ diadakan di Dewan SCCI Bintulu dan dikendalik­an Profesor Dr Ahmed Osumanu Haruna dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu(UPMKB), yang mengutarak­an pelbagai kaedah pertanian moden yang mampu menambahka­n hasil tanaman melalui kaedah pertanian moden.

Bagi tujuan itu, jawatankua­sa penganjur yang diterajui Temenggung Datuk Barry Yek Siew Hui telah menyasarka­n penggiat industri asas tani di bahagian ini dalam usaha membantu golongan petani tempatan mendapatka­n ilmu pertanian moden yang lebih produktif serta menguntung­kan.

Barry Yek dalam ucapan alu-aluannya yakin bahawa ceramah sebegini akan membantu golongan petani tempatan mempelajar­i teknik pertanian moden dari masa ke masa.

“Agricultur merupakan satu bidang yang luas, yang mana ilmu yang tepat akan berupaya membantu golongan petani menambahka­n pendapatan mereka ke arah yang lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

Jelasnya, sejak lebih 60 tahun lalu, SCCI Bintulu banyak membantu ahlinya bagi mempraktik­kan bentuk pertanian moden yang mampu untuk menghasilk­an hasil tanaman yang banyak serta berkualiti tinggi.

Dalam masa sama, beliau menggesa agar mana-mana syarikat yang bukan ahli SCCI agar mendaftar sebagai ahli.

“Bagi memastikan SCCI terus kukuh, kita turut menjalinka­n kerjasama erat dengan agensi kerajaan tempatan bagi memastikan ianya bergerak seiring dengan polisi kerajaan yang amat mementingk­an pembanguna­n penduduk tempatan,” ujarnya.

Turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bintulu Pemanca Datuk Francis Toh, ahli perniagaan dan ketua kaum tempatan.

 ??  ?? KONGSI ILMU: Dr Ahmed ketika menyampaik­an ceramah berkaitan kaedah pertanian moden.
KONGSI ILMU: Dr Ahmed ketika menyampaik­an ceramah berkaitan kaedah pertanian moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia