Utusan Borneo (Sarawak)

Deruman jet pejuang kedengaran setiap hari

Rakyat Malaysia kongsi detik cemas berada di Bolivia yang kini dilanda ketegangan politik

-

KUALA LUMPUR: “Dengan jalan keluar masuk kenderaan ditutup di semua tempat dan sekali-sekala kedengaran bunyi tembakan amaran dengan gas pemedih mata yang dilepaskan, saya turut berasa pedihnya meskipun menginap dalam hostel.”

“Bunyi deruman jet pejuang kedengaran setiap hari (pada sebelah) petang sejak tiga hari lepas,” kata seorang rakyat Malaysia dalam mesej WhatsAppny­a kepada Bernama di sini semalam. Beliau kini berada di Bolivia yang sedang dilanda ketegangan politik.

Menceritak­an detik cemas itu, Muhammad Syameen Abd Raub yang bercuti di La Paz, ibu kota Bolivia sejak Sabtu lepas (9 Nov) berkata pengusaha hostel yang didiaminya mengambil langkah berjaga-jaga menurunkan papan tanda hostel supaya tidak menjadi sasaran penunjuk perasaan yang ingin

mengambil kesempatan dengan keadaan politik semasa negara itu.

“Nasib baik, penunjuk perasaan tidak melalui lorong hostel kami. Tiada perintah berkurung dikenakan setakat yang saya tahu, cuma tidak digalakkan keluar.

“Mula-mula keadaan dijangka aman setelah Presiden Bolivia ketika itu (Evo Morales) letak jawatan, tetapi sekarang penyokongn­ya pula melakukan protes di jalanan,” kata doktor gigi berusia 28 tahun yang berasal dari Kampung Delek, Klang, Selangor.

Bolivia terjerumus dalam kancah kekacauan apabila penunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya presiden pada Oktober lalu yang menyaksika­n Morales mengumumka­n kemenangan­nya untuk penggal keempat.

Morales kemudian dipaksa meletak jawatan pada Ahad selepas menerima tekanan daripada pihak tentera dan polis.

Pada Selasa, beliau tiba di Mexico selepas diberikan suaka politik. Naib Speaker Kedua Senat, Jeanine Anez, mengumumka­n dirinya sebagai presiden sementara.

Lantaran pergolakan itu, nasihat perjalanan dikeluarka­n oleh kedutaan United Kingdom dan Amerika Syarikat di Bolivia.

Mengulas lanjut, Muhammad Syameen, anak ketiga daripada lima beradik, berkata hampir keseluruha­n sistem pengangkut­an darat ketika ini lumpuh di mana stesen bas ditutup dan hasil maklumat diterima, mengambil kemudahan penerbanga­n adalah pilihan terbaik ketika ini untuk keluar dari negara itu memandangk­an lapangan terbang sudah mula beroperasi.

“Nasihat saya kepada mereka yang ingin ke Bolivia, batalkan perjalanan kalau sudah beli tiket penerbanga­n. Mereka sendiri (rakyat Bolivia) tidak tahu sampai bila perkara ini akan berlanjuta­n.

“Tangguh dulu perjalanan sehingga keadaan stabil,” katanya.

Muhammad Syameem berkata pegawai konsular kedutaan Malaysia di Peru sentiasa berhubung dengan beliau menerusi e-mel dengan menasihatk­annya supaya sentiasa berada dalam hostel sehingga keadaan kembali aman di Bolivia.

“Isu mendapatka­n bekalan makanan tidak menjadi masalah sebab ada restoran dalam hostel yang didiami,” katanya.

Mengenai jadual perjalanan seterusnya, Muhammad Syameem berkata beliau bercadang pergi ke Argentina menerusi penerbanga­n esok (hari ini).

“Kalau ikutkan, ia cuma mengambil masa 20 minit untuk sampai ke lapangan terbang dari hostel dan saya akan minta pihak hostel uruskan teksi untuk saya,” katanya. — Bernama

Nasihat saya kepada mereka yang ingin ke Bolivia, batalkan perjalanan kalau sudah beli tiket penerbanga­n. Mereka sendiri (rakyat Bolivia) tidak tahu sampai bila perkara ini akan berlanjuta­n. ”

Muhammad Syameen Abd Raub

Rakyat Malaysia bercuti di La Paz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia