Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tetap beri tumpuan penguatkua­saan perairan negara pada musim tengkujuh

-

KOTA BHARU: Aspek keselamata­n dan penguatkua­saan perairan negara tetap menjadi keutamaan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan sepanjang musim tengkujuh.

Pengarahny­a, Komander Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata ia penting bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menceroboh­i perairan ketika musim banjir.

“Sebagai agensi penguatkua­saan di laut kami telah membuat persiapan sewajarnya untuk pastikan aktiviti penceroboh­an dikawal sepenuhnya. Kita tidak akan membiarkan penyeludup beranggapa­n musim tengkujuh adalah musim untuk mereka ‘berpesta’ di perairan negara,” katanya kepada pemberita pada program pertemuan APMM

Kelantan bersama penduduk di Pulau Muara Sungai Kelantan untuk persiapan banjir di sini, semalam.

Program itu membabitka­n kira-kira 2,400 masyarakat nelayan di 10 pulau sekitar muara Sungai Kelantan bagi memberi nasihat berhubung persiapan banjir, tunjuk ajar penggunaan bot yang selamat serta beberapa aspek keselamata­n lain.

“Kita dapati masih ramai nelayan menggunaka­n bot tanpa mengutamak­an keselamata­n termasuk tidak menggunaka­n jaket keselamata­n. Melalui program ini kita harap mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka terutama ketika berhadapan dengan musim banjir,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah solat Jumaat bersama penduduk pulau dan majlis sambutan Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, Muhd Nur Syam Asmawie berkata cuti semua 132 anggotanya telah dibekukan bermula 1 Nov sehingga berakhirny­a musim tengkujuh sebagai persiapan menghadapi bencana alam.

Sebahagian anggota telah ditugaskan untuk membantu agensi pengurusan bencana yang lain manakala sebahagian lagi menjalanka­n tugas hakiki penguatkua­saan di perairan negara secara bergilir.

“Kita akan cuba membantu agensi pengurusan bencana sebaik mungkin menggunaka­n aset yang ada selain menempatka­n anggota di kawasan tertentu yang memerlukan bantuan pihak kami,” katanya.

APMM mempunyai dua buah kapal, empat buah bot dan beberapa pacuan empat roda yang akan dimanfaatk­an sepenuhnya sepanjang musim banjir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Muhd Nur (kiri) menasihati sebahagian penduduk agar memakai jaket keselamata­n ketika menaiki bot pada Program Pertemuan APMM Kelantan Bersama Penduduk di Pulau Muara Sungai Kelantan Untuk Persiapan Banjir semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Muhd Nur (kiri) menasihati sebahagian penduduk agar memakai jaket keselamata­n ketika menaiki bot pada Program Pertemuan APMM Kelantan Bersama Penduduk di Pulau Muara Sungai Kelantan Untuk Persiapan Banjir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia