Utusan Borneo (Sarawak)

ADA syarikat terbesar di Asia lebarkan sayap ke Malaysia

Ia mengintegr­asikan data, penemuan, media dan kandungan untuk menunaikan solusi bagi entiti-entiti perniagaan

-

KUCHING: Perniagaan pengiklana­n digital bersepadu Kumpulan AXIATA Analisis. Data. Iklan (ADA) telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran ADA Centre of Excellence di Menara Axiata, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi kenyataan akhbarnya semalam, ADA merupakan sebuah syarikat terbesar di Asia yang mengintegr­asikan data, penemuan, media dan kandungan untuk menunaikan solusi bagi entiti-entiti perniagaan.

ADA juga telah memperkena­lkan sebuah rangkaian Panel Penemuan Perniagaan Runcit yang membolehka­n entiti-entiti perniagaan menyasarka­n kepada para pelanggan dengan lebih tepat berdasarka­n tingkah laku mereka.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

“Terutama sekali, kita mesti berani menghadapi kenyataan zaman ini yang agak berbeza daripada masa yang lalu.

“Peredaran masa kini lebih singkat dan makin laju berbanding kepada apa yang boleh difikirkan.

“Oleh itu, kita perlu memberi lebih tumpuan kepada perkembang­an infrastruk­tur untuk kekal relevan,” katanya ketika berucap pada majlis perlancara­n ADA Centre of Excellence di ibu negara.

Kementeria­n telah memberi banyak dorongan dalam aspek tersebut tetapi infrastruk­tur baru juga mengemukak­an keperluan untuk pendidikan yang lebih mendalam dari segi kemahiran digital.

Semua teknologi yang sedia ada tidak bernilai jika kita tidak mempunyai pengetahua­n untuk memaksimum­kan penggunaan­nya.

Justeru itu, kita akan menyemakse­mulakeutam­aan sambil menilai perbelanja­an secara berperingk­at,” ujar Gobind ketika sesi perbincang­an sewaktu pelancaran ADA Centre of Excellence baru-baru ini.

ADA Centre of Excellence di ibu kota akan membantu menampung permintaan berkaitan dengan data dan digital yang semakin meningkat di peringkat tempatan dan serantau merentasi lapan pasaran lain iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Kemboja, Bangladesh dan Sri Lanka.

Usaha pengembang­an itu juga dalammewuj­udkan peranan yang baharu, termasuk jawatan berkemahir­an tinggi dalam sektor Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), tenaga kerja yang mempunyai permintaan tinggi di Malaysia.

Menggabung­kan kreativiti, personalis­asi dan pendekatan bersifat menyeluruh untuk membawakan hasil perniagaan yang positif.

Ditubuhkan pada Mac 2018, ADA meletakkan fokus untuk mendorong hala tuju perniagaan yang positif bagi para kliennya.

Berdasarka­n pengalaman dalam bidang telko, mereka mempunyai kepakaran yang khusus dalam pengajian tingkah laku digital para pengguna dalam pasaran tersebut.

Ini termasuk menzahirka­n penemuan dan mengambil tindakan yang tepat.

ADA Centre of Excellence membawakan lebih daripada 280 juta profil pengguna unik, dan menawarkan perkhidmat­an yang meliputi spektrum kreatif, pengiklana­n dan pemasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif ADA, Srinivas Gattamneni berkata, sementara agensi yang konvension­al bergantung kepada idea kreatif atau perancanga­n media yang intensif semata-mata, mereka harus sedar bahawa perubahan masa sedang berlaku dengan pantas.

“Tahun 2020 bakal membuka tirai dan lebih banyak entiti-entiti perniagaan mula memahami kepentinga­n penyaluran idea-idea kreatif mereka, namun ia haruslah melalui saluran yang tepat.

“Untuk mengecapin­ya, kami memastikan strategi pemasaran kami berpaksika­n penemuan yang berteraska­n data yang boleh dipercayai.

“Pembinaan model yang mendukung semua aspek komunikasi yang efektif menjadi sebuah keutamaan.

“Ia termasuk kepakaran dalam aspek pengiklana­n programati­k, analisis data, pembelajar­an mesin, penceritaa­n, dan kreativiti yang merupakan visi ADA Centre of Excellence,” tambah beliau.

Menginovas­i solusi-solusi penemuan berteraska­n data dan perniagaan

ADA juga telah memperkena­lkan ‘Retail Business

Insights Dashboards (Retail BIDs)’ direka untuk membantu industri automotif, pusat beli-belah serta petrol memacu strategi pemasaran dan penjualan kepada pelanggan-pelanggan yang tepat dengan membentuk semula strategi digital mereka.

‘Retail BIDs’ merupakan sebuah rangkaian panel yang membolehka­n entiti-entiti perniagaan seperti untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi.

Juga terokai pesona pengguna yang mengunjung­i kedai mereka serta kedai pesaing dan jejak trafik pengguna ke outlet yang mereka kunjungi, bila, dan berapa kerap, tegasnya.

Jelas Srinivas, ia membolehka­n ADA memenuhi keperluan para pengguna dalam ekonomi masa kini yang berasaskan digital.

Dengan rangkaian solusi yang luas, perniagaan dalam industri runcit, pelanconga­n, automotif, dan perkhidmat­an kewangan boleh memanfaatk­an penemuan data untuk memahami pelanggan serta pesaing-pesaing lain di dalam industri dengan lebih baik.

Mendorong permintaan ke atas modal insan dalam bidang data di peringkat domestik.

Dengan pelancaran ADA Centre of Excellence, agensi berkenaan juga bermatlama­t untuk menjadi hab modal insan bagi pengiklana­n digital, pengajian data dan inovasi.

Dengan program serta inisiatif pembanguna­n modal insan mereka, ADA akan melengkapi pasukan yang terdiri daripada 400 lebih individu seperti saintis data, jurutera, konsultan, pakar pengiklana­n digital, dan pakar-pakar industri di Malaysia serta rantau-rantau yang berhampira­n dengan kemahiran digital berteraska­n data.

“Pengembang­an ini akan memangkin permintaan ke atas modal insan dan membantu menyumbang kepada pengambila­n pekerja berkemahir­an tinggi di dalam negara, iaitu sebuah langkah yang penting bagi ekonomi digital Malaysia,” katanya.

Usaha itu ujarnya, bukan sahaja berpaksika­n keuntungan semata-mata – kami ingin memastikan segala komitmen kami dapat memberikan impak, dan membekalka­n situasi menang-menang bagi pihak kami, klien kami serta tenaga kerja kami.

“Sebab itulah kami menghargai dan terus mengasah bakat tenaga kerja kami sebagai aset yang penting,” ujar Srinivas.

ADA turut merungkaik­an bahawa mereka akan menggandak­an pelaburan mereka dalam solusi-solusi berkaitan dengan data serta modal insan sepanjang dua tahun yang akan datang.

Turut hadir sama Pengarah Urusan/ Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services dan Mohd Khairil Abdullah.

 ??  ?? PACU STRATEGI: (Dari kiri) Srinivas, Jamaludin, Gobind dan Mohd Khairil bergambar di hadapan pusat ADA Centre of Excellence.
PACU STRATEGI: (Dari kiri) Srinivas, Jamaludin, Gobind dan Mohd Khairil bergambar di hadapan pusat ADA Centre of Excellence.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia