Utusan Borneo (Sarawak)

Pendigital­an usaha ke hadapan bagi Pos Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

-

PUTRAJAYA: Pos Malaysia Bhd merancang melabur lebih RM300 juta dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatk­an kapasiti pemprosesa­n bungkusan posnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Md Najib Syed Md Noor.

Beliau berkata pendigital­an dan penambahba­ikan perkhidmat­an adalah usaha ke hadapan bagi Pos Malaysia, sambil menambah pendigital­an akan meningkatk­an kecekapan dan menurunkan kos penyampaia­n perkhidmat­annya.

“Pada masa ini kapasiti pemprosesa­n kami berjumlah lebih daripada 500,000 bungkusan sehari dan kami menyasar mencapai satu juta bungkusan sehari pada waktu kemuncak,” katanya kepada pemberita selepas Anugerah Penghantar­an E-Dagang 2019 malam kelmarin.

Syed Md Najib berkata Pos Malaysia dapat menguruska­n hampir satu juta bungkusan semasa kempen jualan 11.11 baru-baru ini.

Anugerah Penghantar­an

E-Dagang tahunan itu dianjurkan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi penghargaa­n kepada individu dan syarikat dalam industri kurier di atas prestasi mereka dalam bidang inovasi, tanggungja­wab sosial korporat, perkhidmat­an pelanggan dan prestasi penghantar­an.

Acara itu juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Suriani Ahmad dan Pengerusi SKMM AlIshsal

Ishak.

Pada majlis itu, Pos Malaysia memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Keselamata­n Jalan Raya dalam kategori Pemandu Van Terbaik dan Pemandu Lelaki Terbaik, serta anugerah Pekerja Industri Terbaik dan Penambahba­ikan Prestasi Terbaik.

Kakitangan City-Link Express Sdn Bhd, Syed Hassan Syed Gafur, 75, terpilih sebagai Pekerja Industri Terbaik di atas perkhidmat­annya selama 25 tahun dalam industri kurier. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia