Utusan Borneo (Sarawak)

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia: Dr Ong

-

PETALING JAYA: Industri produk plastik merupakan satu daripada industri paling rancak dalam sektor pembuatan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Beliau yang memetik Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, nilai perdaganga­n plastik perkilanga­n meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM19.76 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2019.

Dari Januari hingga September 2019, eksport plastik perkilanga­n juga meningkat 3.6 peratus kepada RM11.11 bilion, katanya.

Ong berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Persekutua­n Industri Plastik ASEAN (AFPI) ke-18 (2018 - 2020) dan Forum Plastik Asia ke-29 di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapan pembukaann­ya, Ong berkata pada tahun lepas, 61 projek dilluluska­n dengan pelaburan berjumlah RM1.86 bilion berbanding RM714.2 juta pada 2017.

“Pelaburan asing membentuk hampir dua pertiga daripada jumlah pelaburan, atau RM1.18 bilion (63.4 peratus), manakala pelaburan langsung domestik menyumbang 36.6 peratus atau RM682 juta,” katanya sambil menambah pelaburan itu telah mewujudkan 2,841 peluang pekerjaan.

Meskipun pemain industri sentiasa mencari keuntungan tinggi dan kekukuhan dalam industri plastik, beliau berkata usaha juga perlu diambil untuk meneroka aspek kelestaria­n alam sekitar dan bergerak ke arah ekonomi sikular.

“Berbanding ekonomi linear ‘ambil, buat dan jual’, dalam ekonomi sirkular, sisa buangan menjadi sumber bernilai, akan dikitarkka­n semula sebagai bahan mentah dan dijadikan produk baharu.

“Manfaatnya mungkin besar; daripada penguranga­n kos pembuatan dengan menggantik­an bahan mentah asal, mengurangk­an plastik hanya sekali penggunaan (SUP) dan menggunaka­n semula plastik, meningkatk­an peluang pekerjaan hinggalah kepada mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih,” katanya.

Ong berkata kerajaan akan memastikan Malaysia tidak ketinggala­n daripada potensi amat besar ini dalam ekonomi sirkular.

“Justeru itu Malaysia kini sedang bersedia ke arah kelestaria­n dan sedang dalam proses membangunk­an Pelan Tindakan Ekonomi Sirkular (CER) bagi plastik, termasuk botol yang akan dilancarka­n pada 2020,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi AFPI dan Presiden Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia Datuk Lim Kok Boon berkata sektor plastik dan produk plastik ASEAN merupakan satu daripada sektor eksport utama di rantau ini, menjana hasil eksport kira-kira AS$50 bilion (AS$1= RM4.15) setakat ini.

“Saya ingin menarik perhatian kepada perkataan ‘pencemaran plastik’ dan bukan plastik sebagai satu produk.

“Perlu ditekankan bahawa produk plastik tidak mencemarka­n alam, pembuangan sampah meratarata dan pengurusan sisa buangan yang lemah yang menyebabka­n produk plastik menjadi kebimbanga­n alam sekitar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSIDANGA­N PLASTIK: Dr Ong (dua kanan) merasmikan Persidanga­n Persekutua­n Industri Plastik ASEAN (AFPI) ke-18 (2018 - 2020) dan Forum Plastik Asia ke-29 di Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Lim Kok Boon (dua kiri).
— Gambar Bernama PERSIDANGA­N PLASTIK: Dr Ong (dua kanan) merasmikan Persidanga­n Persekutua­n Industri Plastik ASEAN (AFPI) ke-18 (2018 - 2020) dan Forum Plastik Asia ke-29 di Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Lim Kok Boon (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia