Utusan Borneo (Sarawak)

Puluhan ribu terkorban akibat kelewatan laksana zon selamat Syria: Erdogan

-

WASHINGTON: Berpuluh-puluh ribu orang telah terkorban kerana zon selamat tidak dapat dilaksanak­an dengan cepat di utara Syria, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.

Erdogan membuat kenyataan itu semasa sidang akhbar bersama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump selepas mesyuarat dua hala empat jam yang turut membabitka­n senator Republikan.

Turki telah melancarka­n Operasi Peace Spring pada 9 Oktober bagi menghapusk­an pejuang Unit Perlindung­an Rakyat (YPG) dan Parti

Pekerja-Pekerja Kurdistan (PKK) dari utara Syria di timur Sungai Euphrates dalam usaha menjamin keselamata­n sempadan Turki, membantu kepulangan selamat pelarian Syria dan memastikan integriti wilayah Syria.

Pada 17 Oktober, AS dan Turki telah mencapai kata sepakat untuk menghentik­an seketika operasi itu bagi membolehka­n pejuang YPG/PKK berundur dari zon selamat yang dirancang, di mana Ankara mahu menempatka­n berjuta-juta pelarian Syria yang dilindungi­nya ketika ini.

Turki pertama kali meminta penubuhan zon selamat itu dalam satu mesyuarat G20 di

Antalya pada 2015.

Erdogan berkata semasa operasi itu, Turki berjaya menjamin kepulangan selamat sejumlah 365,000 rakyat Syria ke Jarablus, sebuah pekan di utara semapdan yang dibersihka­n semasa operasi itu.

Erdogan mengulangi bahawa Turki “tiada masalah dengan puak Kurdish” dan hanya mempunyai isu dengan organisasi pengganas.

Mengulas perjuangan menentang Daesh, Trump berkata Turki banyak membantu dalam usaha itu selepas memberkas semula semua militan Daesh yang memboloska­n diri dari penjara yang dikuasai YPG/PKK.

Erdogan berkata “Turki dan

AS boleh bekerjasam­a untuk membawa keamanan dan kestabilan kepada Syria dan memusnahka­n sepenuhnya” organisasi pengganas Daesh.

Dalam kempen keganasan selama lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK bertanggun­gjawab atas kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanakkanak dan bayi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia