Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki tak mengaku cederakan anjing dengan kejam

-

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, masing-masing atas satu pertuduhan mencederak­an seekor anjing dengan kejam, Januari dan November lepas.

Pemandu peribadi, Amir Abd Salim Meor Lope, 51, dan pemandu lori, S.

Mathialaka­n, 55, selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Berdasarka­n pertuduhan, Amir Abd Salim didakwa dengan kejamnya telah mencederak­an seekor anjing sehingga menyebabka­n kesakitan yang tidak sepatutnya di belakang bengkel kereta tidak bernombor di Jalan Miri Taman Beringin, Jinjang Utara di sini antara 4 dan 5 Jan lepas.

Mathialaka­n pula dituduh melakukan perbuatan sama di hadapan sebuah rumah, di Taman Maluri, di sini, pada 7.23 pagi, 10 Nov lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum menurut Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimun RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Veterinar Wilayah Persekutua­n, Hasiah Musa menawarkan jaminan masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua OKS.

Mathialaka­n yang diwakili peguam S.I. Rajah manakala Amir Abd Salim yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan mereka penanggung utama keluarga.

Mahkamah membenarka­n kedua-dua OKS masingmasi­ng diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Dis untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia