Utusan Borneo (Sarawak)

Tahfiz di Perak berdepan tindakan jika gagal patuhi aspek keselamata­n

-

IPOH: Pengusaha tahfiz di Perak bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mematuhi aspek keselamata­n yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembanguna­n Usahawan negeri Datuk Asmuni Awi berkata moratorium akan diberikan sehingga Jun tahun hadapan sebelum penilaian lanjut dilakukan bagi menentukan tindakan undang-undang terhadap pihak yang gagal mematuhi aspek keselamata­n.

“Dalam hubungan ini, kerajaan buat sementara waktu tidak bercadang untuk mengambil tindakan undangunda­ng ke atas pengusaha tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamata­n tetapi akan terus memberi tunjuk ajar dan nasihat supaya mereka mematuhi dengan ciri keselamata­n seperti ditetapkan dalam peraturan,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Asmuni (PH-Manjoi) berkata demikian semasa menjawab soalan Ng Shy Ching (PH-Teja) yang ingin tahu bagaimana Kerajaan Negeri memastikan keselamata­n bangunan sekolah tahfiz bagi menangani isu ketidakpat­uhan terhadap aspek keselamata­n yang ditetapkan oleh pihak bomba.

Terdapat 82 sekolah tahfiz di seluruh Perak iaitu lima sekolah menengah tahfiz milik kerajaan dan 77 lagi dimiliki oleh pihak swasta atau persendiri­an.

“Pihak kerajaan telah mengadakan satu ‘Town Hall Talk’ di Institut Tadbiran Islam di mana semua pengusaha Mahaad Tahfiz telah dipanggil untuk satu perbincang­an berhubung isu keselamata­n. Rumusan daripada perbincang­an ini menetapkan bahawa mereka sensitif dan mengambil pengiktira­fan isu keselamata­n bagi mahaad tahfiz,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia