Utusan Borneo (Sarawak)

Tumpuan tubuh Taska di hospital, balai polis tahun hadapan: Hannah Yeoh

-

PUTRAJAYA: Kira-kira 200 taman asuhan kanakkanak (Taska) akan diwujudkan tahun hadapan dengan tumpuan lokasi di hospital dan balai polis, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

“Fokus diberikan kepada kedua-dua lokasi berkenaan kerana sebahagian besar jururawat dan golongan wanita yang bekerja secara syif amat memerlukan kemudahan itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Yeoh yang terdahulu menghadiri sesi dialog Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama 164 ahli majlis wanita pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata pembinaan 200 taska berkenaan adalah melalui peruntukan RM30 juta yang disediakan di bawah Belanjawan 2020.

Menurutnya, 66 taska ditubuhkan di pejabat kerajaan pada tahun ini setakat ini di bawah Belanjawan 2019 yang memperuntu­kkan RM10 juta.

Mengenai isu institusi keluarga, Yeoh berkata Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) akan meningkatk­an kursus ‘grand-parenting’ untuk golongan datuk dan nenek pada tahun hadapan bagi meningkatk­an kepekaan mereka mengenai bahaya media sosial termasuk kepada kanak-kanak.

“Ini kerana kesedaran golongan warga emas mengenai risiko dan bahaya dunia siber agak rendah,” katanya.

LPPKN juga akan memperkasa­kan ‘Modul Cakna Diri’ dalam program pendidikan kesihatan reprodukti­f dan sosial bagi membendung gejala kehamilan remaja, pembuangan bayi dan perkahwina­n bawah umur di sekolah terpilih pada tahun hadapan, katanya.

“Program ini tidak hanya memberi tumpuan untuk mendidik remaja wanita supaya menjaga diri masingmasi­ng tapi turut melatih remaja lelaki supaya menghormat­i golongan wanita.

“Program memberikan fokus untuk mendidik golongan lelaki dari usia remaja lagi bahawa hubungan seks bersama seorang remaja perempuan yang masih di bawah umur adalah satu kesalahan undang-undang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Hannah Yeoh berucap pada sesi dialog bersama ahli-ahli Majlis Wanita Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Hannah Yeoh berucap pada sesi dialog bersama ahli-ahli Majlis Wanita Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia