Utusan Borneo (Sarawak)

Kenya ikat Mesir 1-1, Algeria benam Zambia 5-0

-

JOHANNESBU­RG: Kenya mengikat Mesir yang bermain tanpa Mohamed Salah 1-1 manakala juara bertahan Algeria membenam Zambia dengan lima gol kelmarin selepas hari perlawanan kelayakan pertama Piala Negara-Negara Afrika 2021 diteruskan.

Pemain yang bermain buat julung kalinya Mohammed Kudus menjamin kemenangan untuk Ghana ke atas Afrika Selatan manakala Mali dan Guinea menamatkan perlawanan 2-2 selepas empat gol disumbat dalam tempoh 19 minit.

Dalam perlawanan lain, Comoros menewaskan Togo, manakala Gabon yang didorong oleh Pierre-Emerick Aubameyang mengikat Republik Demokratik Congo (DRC) manakala Mozambique terlalu kuat untuk Rwanda.

Walaupun tanpa Salah, penjaring Liverpool yang cedera, Mesir memang dijangka dapat mengatasi pasukan yang lemah di tempat lawan, Kenya, di Stadium Borg el Arab yang dapat menampung kapasiti 87,000 orang berhampira­n Iskandaria­h.

Namun selepas bermula dengan resah dengan setiap pemain di belakang bola, Kenya memperoleh­i peluang untuk menjaringk­an gol sebelum mereka menghadiah­kan gol pendahulua­n kepada Mesir tiga minit sebelum waktu rehat dalam perlawanan Kumpulan G itu.

Hantaran ke belakang oleh Erick Ouma dalam bulatan tengah kepada penjaga gol Ian Otieno ternyata terlalu lemah dan Mahmoud Kahraba mengambil kesempatan untuk menolak bola ke dalam gawang.

Kenya menjadi semakin garang dalam babak kedua dan sewajarnya menyamakan kedudukan pada minit ke-67 menerusi satu jaringan yang berpunca daripada satu lagi hantaran ke belakang yang cuai.

Kali ini Michael Olunga yang mendapat manfaat, dan dia merembat bola ke sudut jaring selepas satu cubaan oleh seorang rakan sepasukan berjaya disekat.

Algeria, yang menewaskan Senegal 1-0 pada Julai lalu untuk memenangi Piala Negara-Negara buat kali kedua, menamatkan cabaran dengan kuat untuk memalukan juara 2012, Zambia, 5-0 di Blida.

Kemenangan mudah yeng mengejutka­n dalam Kumpulan H itu melanjutka­n siri tanpa kalah pasukan Desert Foxes kepada 17 perlawanan sejak mereka kalah kepada Benin di tempat lawan pada Oktober tahun lepas.

Baghdad Bounedjah, yang menjaringk­an gol pada minit kedua untuk memenangi final 2019 di Kaherah, menyumbat dua gol, dan jaringan pertama menerusi tendangan penalti pada minit ke-68 memberikan kelebihan dua gol kepada Algeria.

Youcef Belaili, El Arbi Soudani dan Bounedjah sekali lagi menjaringk­an gol dalam tempoh 15 minit terakhir selepas tentangan pasukan Chipolopol­o hancur.

Ini merupakan margin kemenangan paling luas di antara 18 perlawanan kelayakan pada hari perlawanan pertama yang berlangsun­g setakat ini, mengatasi kemenangan 4-0 yang dicatatkan oleh Sudan ke atas Sao Tome e Principe yang bermain dengan 10 orang di Omdurman 24 jam terdahulu.

Ghana menang 2-0 dengan meyakinkan dalam Kumpulan C ke atas Afrika Selatan dalam perlawanan di Cape Coast di antara dua bekas juara yang merindui zaman silam yang gemilang.

Ia sudah 37 tahun sejak pasukan Black Stars memenangi kejuaraan terakhir daripada empat kejuaraan Piala Negara-Negara manakala satu-satunya kejuaraan yang dimenangi pasukan Bafana Bafana dicapai 23 tahun lalu.

Pemain tengah Atletico Madrid Thomas Partey mengujakan penonton yang memenuhi stadium apabila dia menjaringk­an gol sembilan minit sebelum waktu rehat dan Kudus meraikan penampilan antarabang­sa pertamanya dengan menyumbat gol pada minit ke80.

Aubameyang, yang sudah menjaringk­an lapan gol dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini, diikat tanpa jaringan di Kinshasa, tetapi pasti teruja selepas Gabon berjaya mengikat DRC tanpa jaringan dalam Kumpulan D.

Gabon mempunyai memori yang pahit dalam kempen Piala Negara-Negara sebelum ini – gagal untuk melepasi pusingan pertama selaku tuan rumah pada 2017 dan malah tidak layak untuk kejohanan 24 pasukan yang lebih banyak pada 2019.

Mali mendahului dua kali hanya untuk diikat semula setiap kali oleh Guinea dalam perlawanan Kumpulan A yang tiba-tiba hidup apabila Adama Traore Noss meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-56.

Penonton di Bamako kemudian teruja apabila pemain tengah Liverpool Naby Keita menyamakan kedudukan, Sekou Koita meletakkan Mali di depan buat kali kedua, dan Sekou Conde menjaringk­an gol untuk mengutip satu mata bagi Guinea.

Comoros, yang tewas dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di Togo dua bulan lalu, membalas dendam dengan kemenangan 1-0 dalam Kumpulan G di Lome hasil jaringan Faiz Selemani.

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2021 di antara Mesir dan Kenya di Stadium Borg El Arab di Mesir.
— Gambar Reuters PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2021 di antara Mesir dan Kenya di Stadium Borg El Arab di Mesir.
 ??  ?? EL BADRY
EL BADRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia