Utusan Borneo (Sarawak)

Lippi meletak jawatan selaku jurulatih China

-

DOHA: Marcello Lippi mengumumka­n dia meletak jawatan sebagai jurulatih China selepas pasukannya mengalami kekalahan 2-1 kepada Syria dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 kelmarin.

“Gaji saya sangat tinggi, dan saya memikul segala tanggungja­wab. Saya meletak jawatan sebagai jurulatih China,” pengurus dari Itali itu dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Xinhua selepas jaringan sendiri Zhang Linpeng pada minit ke-79 memberikan kemenangan kepada Syria di Dubai.

Persatuan Bola Sepak China tidak menyatakan sama ada ia telah menerima tawarannya untuk meletak jawatan, tetapi ia adalah jelas bahawa dia merasai tekanan selepas pasukannya gagal untuk bermain dengan meyakinkan di Stadium Maktoum bin Rashid al-Maktoum.

Syria selesa menduduki tempat teratas dalam Kumpulan A dengan 12 mata selepas kemenangan keempat mereka berturut-turut manakala China berada lima mata di belakang di tempat kedua, di atas Filipina hanya kerana kelebihan gol.

Di Amman, Iraq mengejutka­n Iran 2-1 selepas pemain gantian Ali Abbas menyumbat gol kemenangan dalam masa tambahan babak kedua pada hari empat penunjuk perasaan maut selepas terkena bekas gas pemedih mata di Baghdad.

Iraq kini mendahului Kumpulan C dengan 10 mata, diikuti Bahrain dengan lapan mata.

Pada awal kelmarin, penyokong Hong Kong mengejek seluruh lagu kebangsaan China ketika wilayah itu bersiap sedia untuk menentang Bahrain.

Bagaimanap­un perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan yang hambar.

Sementara itu Australia memintas Jordan 1-0 dengan Adam Taggart yang menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada minit ke-13 di Amman.

Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut bagi Australia, untuk mengutip 12 mata di tempat teratas Kumpulan C, lima mata di hadapan Kuwait dan Jordan.

Di Tashkent, kapten Salman al-Faraj menjaringk­an dua gol apabila Arab Saudi bangkit semula dua kali selepas ketinggala­n satu gol untuk menewaskan Uzbekistan 3-2 dan menduduki tempat teratas Kumpulan D dengan lapan mata daripada empat perlawanan.

Dalam perlawanan lain, Lubnan seri 0-0 dengan Korea Selatan, Afghanista­n mengikat India untuk seri 1-1, Jepun menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dan Kuwait membelasah Chinese Taipei 9-0.

 ??  ?? LIPPI
LIPPI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia