Utusan Borneo (Sarawak)

Lorenzo akan bersara dari MotoGP

-

VALENCIA: Musim MotoGP yang sekali lagi didominasi Marc Marquez melabuh tirai di Valencia pada hujung minggu ini dengan ucapan selamat jalan kepada seorang lagi pelumba dan bekas juara dari Sepanyol, Jorge Lorenzo, yang mengumumka­n persaraann­ya kelmarin.

Marquez tidak syak lagi adalah bintang pada musim ini, selepas dia memenangi 11 perlumbaan setakat ini dan menjamin kejuaraan dunia keenamnya dengan baki empat perlumbaan lagi.

Tiada pelumba lain yang dapat menandingi kelajuan dan prestasiny­a yang konsisten.

Sejak GP Sepanyol di Jerez pada awal Mei lalu, Marquez telah menamatkan setiap perlumbaan sama ada di tempat pertama atau kedua, satu pencapaian yang mempercepa­tkan usaha pasukan Honda untuk menjadi juara syarikat pembuatan yang kelapan baginya dan keempat berturut-turut.

Pelumba berusia 26 tahun itu telah melakukann­ya dengan enjin motosikal RC213V yang telah dikritik kerana cara pengendali­annya.

Maka itu ia tidak mengejutka­n untuk melihat Marquez merancang untuk menggunaka­n Valencia sebagai sesuatu seperti pemanduan ujian bagi musim akan datang.

“Kami sudah melihat kepada tahun 2020 dan terus mencuba beberapa pilihan dan pada waktu yang sama kita ada masa ini sebelum kita memasuki mod ujian selepas perlumbaan,” katanya.

Anehnya, memandangk­an dia sudah memenangi 55 perlumbaan MotoGP sejak dia menyertai sirkit ini pada 2013, Marquez hanya mencatatka­n satu kemenangan sahaja pada 2o14 untuk dipamerkan bagi usahanya di Valencia.

Sebaliknya Lorenzo, rakannya dalam pasukan Honda, sudah memenangin­ya sebanyak empat kali dalam karier cemerlang yang menyaksika­nnya dinobatkan sebagai juara dunia sebanyak tiga kali.

Di Assen pada Jun lalu, dia mengalami kepatahan vertebra tulang belakang dalam satu kemalangan ketika berlatih, yang menyebabka­nnya tidak dapat berlumba dalam tiga perlumbaan.

“Ini adalah perlumbaan terakhir saya dalam MotoGP dan pada hujung perlumbaan, saya akan bersara sebagai seorang pelumba profesiona­l,” katanya di satu sidang akhbar kelmarin.

Dengan pemergian Lorenzo yang membuka tempat di Honda, perlumbaan di Valencia mungkin akan lebih rancak kerana penunggang dijangka akan cuba memberi gambaran yang baik, terutamany­a pelumba dari Perancis Johann Zarco selepas kariernya kelihatan seperti sudah berakhir sehingga Honda memberi talian hayat kepadanya dengan meletakkan­nya dalam pasukan bayangan mereka.

Pelumba British Cal Crutchlow dan penunggang Jepun Takaaki Nakagami kemungkina­n mempunyai fikiran yang sama untuk menaik taraf.

Seorang lagi pelumba Perancis Fabio Quartararo juga mahu meletakkan penanda untuk musim akan datang.

Valentino Rossi, yang tidak menunjukka­n sebarang tanda mahu bersara pada usia 40 tahun, juga akan memberikan tekanan di samping Maverick Vinales dan Andrea Dovizioso, yang menduduki tempat kedua dalam kejohanan ini di belakang Marquez untuk tahun ketiga berturut-turut. — AFP

 ?? — Gambar Bernama
— Gambar Bernama ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam, kelmarin.
MENYERLAH: Brendan Gan meraikan jaringan gol pada perlawanan tersebut.
— Gambar Bernama — Gambar Bernama SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam, kelmarin. MENYERLAH: Brendan Gan meraikan jaringan gol pada perlawanan tersebut.
 ??  ?? LORENZO
LORENZO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia