Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman ingin goda penyokong dengan ‘bola sepak seksi’

-

DÜSSELDORF: Joshua Kimmich berkata Jerman berharap untuk menggoda penyokong tuan rumah dengan ‘bola sepak seksi’ dan menewaskan Belarus pada hari ini (Sabtu), dalam usaha untuk merangsang jumlah kehadiran penonton yang semakin menurun dan kempen mereka untuk layak ke kejohanan akhir Euro 2020.

Minat penyokong tidak pernah serendah sekarang sejak Joachim Loew mengambil alih tugas dalam pasukan kebangsaan Jerman pada 2006, dengan kehadiran purata bagi perlawanan antarabang­sa di negara sendiri yang turun kepada 37,162 orang sahaja dan hanya dua pertiga sahaja tiket bagi kedua-dua baki perlawanan kelayakan yang berjaya dijual setakat ini.

Kemenangan bergaya ke atas Belarus di Moenchengl­adbach dapat membantu memenangi balik penyokong yang masih merajuk tentang kempen mereka yang buruk pada Piala Dunia 2018 apabila Jerman menduduki tempat tercorot dalam kumpulan mereka.

“Pertama sekali, kita bertanggun­gjawab untuk menarik orang ke dalam stadium sama ada kita mempamerka­n bola sepak yang seksi ataupun tidak,” kata pemain tengah Kimmich di Duesseldor­f.

“Kami perlu memastikan semua orang yang duduk di rumah menyesal sedikit.”

Dengan baki dua perlawanan kelayakan lagi, dua kuasa bola sepak di Eropah, Belanda, yang menentang Ireland Utara di Belfast pada hari ini, dan Jerman mengutip jumlah 15 mata yang sama di tempat teratas Kumpulan C di mana dua pasukan teratas akan mara ke kejohanan akhir.

Setakat ini Belanda dan jerman hanya tewas kepada satu sama lain sahaja, di mana kemenangan 3-2 oleh Jerman di Amsterdam pada Mac lalu ditebus apabila pasukan

Oranje menikmati kemenangan 4-2 di Hamburg pada September lalu.

Pasukan jerman akan menempah tempat mereka dalam kejohanan akhir Euro pada hari ini dengan kemenangan jika Belanda tidak tewas di Belfast, dan skuad Loew pasti mahu mengelak daripada terpaksa memenangi perlawanan kelayakan terakhir menentang Ireland Utara di Frankfurt pada Selasa ini.

Penyerang Timo Werner sekarang merupakan sumber gol terbaik Jerman dan penyerang RB Leipzig itu sudah menjaringk­an 11 gol dalam 11 perlawanan Bundesliga pada musim ini.

“Dia sedang menikmati musim yang sensasi,” akui Kimmich, yang menambah pasukan jerman menyasari “enam mata” daripada dua perlawanan kelayakan terakhir mereka.

Werner menjaringk­an golnya yang ke-11 dalam 28 penampilan untuk Jerman pada bulan lepas apabila mereka menewaskan Estonia 3-0 dengan 10 pemain di Tallinn setelah pemain pertahanan Emre Can dibuang dari padang selepas hanya 14 minit. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERSEDIAAN AWAL: Pemain pasukan kebangsaan Jerman menjalani sesi latihan menjelang aksi kelayakan Euro 2020 menentang Belarus.
— Gambar AFP PERSEDIAAN AWAL: Pemain pasukan kebangsaan Jerman menjalani sesi latihan menjelang aksi kelayakan Euro 2020 menentang Belarus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia