Utusan Borneo (Sarawak)

KEMADA platform promosi main adat asal Dayak kepada generasi baharu

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Dalam mewarisi serta mempertaha­nkan kebudayaan tradisiona­l masyarakat di negeri ini, Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sibu (KEMADA) telah ditubuhkan pada Julai tahun lepas.

Pengerusin­ya Jackery Chukan berkata, KEMADA telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) dan ia adalah sah.

“KEMADA kini mempunyai lebih dari 30 orang ahlinya dan kami sering diundang ke manamana majlis kerajaan atau agensi swasta tidak kira di mana hingga ke luar Sarawak mahupun luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Jelasnya, KEMADA pernah diundang khas untuk membuat persembaha­n di Rainforest World Music Festival (RWMF) di Kuching pada tahun lepas.

Bercakap lanjut mengenai KEMADA, Jackery memberitah­u objektif penubuhann­ya adalah untuk mengekalka­n main adat asal Iban ataupun Dayak seperti Gendang Pampat yang semakin pupus kepada generasi baharu.

“KEMADA adalah platform untuk kami mempromosi­kan atau mengetenga­hkan kebudayaan kita iaitu main adat asal Dayak kepada generasi baharu.

“Kita tidak mahu permainan adat asal kita tenggelam di dalam dunia digital dan global ketika ini,” jelasnya lagi.

Menurut Jackery, KEMADA ketika ini sudahpun mewujudkan kelas Sape, Ngajat dan Gendang Pampat.

“Justeru, keahlian KEMADA masih terbuka dan kita mengalualu­kan sesiapa yang berminat dengan main adat asal Iban/Dayak bolehlah menjadi ahli bagi bersama-sama kita mempertaha­nkan tradisi dan kebudayaan kita,” tambahnya lagi.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai KEMADA, orang ramai berminat bolehlah menghubung­i Jackery di talian 0198390839.

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI KAMI: Jackery (kiri) ketika bersama ahlinya mempergaya­kan pakaian tradisiona­l.
SERTAI KAMI: Jackery (kiri) ketika bersama ahlinya mempergaya­kan pakaian tradisiona­l.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Ahli KEMADA ketika berada di Kalimantan Barat, Indonesia.
UNTUK ALBUM: Ahli KEMADA ketika berada di Kalimantan Barat, Indonesia.
 ??  ?? ADA BAKAT: Jackery ketika membuat persembaha­n di rumah panjang.
ADA BAKAT: Jackery ketika membuat persembaha­n di rumah panjang.
 ??  ?? DEMI WARISAN: Ahli-ahli KEMADA yang diketuai Jackery (tengah) ketika memberikan pose istimewa mereka.
DEMI WARISAN: Ahli-ahli KEMADA yang diketuai Jackery (tengah) ketika memberikan pose istimewa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia