Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ditembak mati di sekolah California

Tiga lagi cedera, seorang remaja lelaki ditahan

-

SANTA CLARITA: Seorang remaja lelaki menembak rakan pelajar lain di sebuah sekolah tinggi California ketika hari jadinya yang ke-16 kelmarin, membunuh dua orang dan mencederak­an tiga lagi sebelum mengacukan pistol ke arah dirinya sendiri.

Lelaki bersenjata itu telah ditahan dalam keadaan “teruk”, kata polis, ketika pegawai menyerbu Sekolah Tinggi Saugus di Santa Clarita – yang terbaharu dalam kitaran insiden tembakan di dalam kelas yang menyebabka­n kira-kira 300 remaja maut sejak dua dekad lepas.

Insiden yang menakutkan itu berlaku ketika anggota perundanga­n di Washington sedang mendebatka­n cubaan terbaharu ke atas undangunda­ng kawalan senjata yang telah tertangguh di Kongres selama beberapa bulan.

Pelajar yang ketakutan berkata mereka terpaksa menyekat diri di dalam kelas manakala yang lain melarikan diri semasa berita merebak dengan pantas mengenai seorang remaja lelaki Asia yang tidak dikenali melepaskan tembakan dengan senjata separa automatik .45 kaliber.

“Beberapa detektif memeriksa video kejadian, yang jelas menunjukka­n subjek mengeluark­an pistol dari beg sandangnya, menembak dan mencederak­an lima orang, serta kemudian menembak dirinya sendiri di kepala,” kata kapten homisid Kent Wegener dalam satu sidang media.

Remaja itu telah ditemui di kalangan mangsa yang tercedera oleh pihak responden pertama, menurut Syerif Daerah Los Angeles Alex Villanueva.

Mangsa yang terbunuh adalah seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Tiga yang lain tercedera, seorang lelaki dan dua perempuan, berusia di antara 14 dan 15 tahun.

Insiden tembakan di sekolah yang mempunyai 2,300 pelajar itu dilaporkan pertama kali sejurus selepas jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Sekolah tersebut, 40 batu di utara Los Angeles, telah ditutup dan keterangan saksi serta rakaman kamera pengawasan mengenal pasti suspek dalam tempoh sejam selepas insiden tembakan.

Pihak berkuasa telah pergi ke rumahnya dan ibu serta teman wanitanya berada di sebuah balai polis tempatan bercakap dengan detektif.

Tiada suspek lain yang disiasat sekarang.

Pelajar berusia 17 tahun, Andrei Mojica, berada di dalam kelas semasa seseorang menyerbu masuk dan memaklumka­n terdapat seorang penembak di dalam kampus.

“Ketika itulah jantung saya seakan telah gugur,” beliau memberitah­u Los Angeles Times.

Seramai 30 pelajar di dalam kelas itu mengikuti latihan kecemasan dan menghalang pintu dengan menggunaka­n meja, sebelum menanti dalam keadaan senyap, bersedia untuk menggunaka­n sebuah alat pemadam api sebagai senjata.

“Kami tidak tahu sama ada penembak berada di bahagian bertentang­an di kampus atau betul-betul di luar pintu kami,” beliau memberitah­u akhbar. “Ketakutan itu membuatkan kami berasa seolah-olah kami menunggu dalam keadaan senyap untuk selama-lamanya.”

Akhirnya mereka diiringi keluar dari kelas itu oleh pasukan SWAT.

Seorang ibu yang menangis ketika menunggu di tepi sebuah gereja berhampira­n bersama beberapa ibu bapa yang lain menyatakan beliau telah menghantar anaknya dalam kelas gred sembilan kira-kira seminit sebelum insiden tembakan bermula.

“Saya masih belum melihat anak lelaki saya namun saya telah berbual dengannya. Dia dalam keadaan baik... Dia hanya berasa sedikit terkejut,” beliau memberitah­u anggota gabungan NBC.

Pelajar memberitah­u CNN mereka telah mendengar beberapa das tembakan yang “kedengaran seperti bunga api yang sangat kuat” dan mula belari.

Sebanyak 24 ambulans, tujuh unit paramedik dan sebuah helikopter telah berada di pekarangan kampus sekolah, bertentang­an dengan sebuah kawasan kediaman, di samping beberapa kereta polis.

Beberapa ejen dari Biro Alkohol, Tembakau, Senjata api dan Bahan Letupan, termasuk anggota bomba, adalah antara mereka yang memberikan respons.

Kejadian ini adalah yang terbaharu daripada 40 insiden tembakan di beberapa sekolah Amerika Syarikat sejak yang terkini pada Mei 2018, apabila seorang remaja berusia 17 tahun membunuh 10 orang, lapan daripada mereka adalah pelajar, di Santa Fe, Texas.

Pihak berkuasa menyatakan pistol dan senapang patahnya telah dimiliki secara sah dari segi undang-undang oleh bapanya.

Tiga bulan sebelumnya seorang remaja berusia 19 tahun dibuang dari Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida telah kembali ke sana dan melepaskan tembakan, membunuh 14 pelajar dan tiga kakitangan.

Terdapat kira-kira satu insiden tembakan dalam seminggu di sekolah di Amerika Syarikat, menurut ‘Everytown for Gun Safety’. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Mario Tama/AFP ?? BERJAGA-JAGA: Anggota polis berkawal ketika pelajar berbaris untuk menaiki bas di pekarangan Sekolah Tinggi Saugus di Santa Clarita, California kelmarin.
— Gambar Mario Tama/AFP BERJAGA-JAGA: Anggota polis berkawal ketika pelajar berbaris untuk menaiki bas di pekarangan Sekolah Tinggi Saugus di Santa Clarita, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia