Utusan Borneo (Sarawak)

IEW edisi kelima 6-8 Oktober 2020

Acara pada 6 hingga 8 Oktober 2020 dijangka menampilka­n 150 pempamer, 250 delegasi dan lebih 5,000 pengunjung

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kementeria­n Utiliti sekali lagi akan menganjurk­an Minggu Tenaga Antarabang­sa (IEW) dari 6 hingga 8 Oktober 2020 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Memasuki edisi kelima tahun depan, IEW merupakan acara persidanga­n dan pameran tenaga antarabang­sa terbesar di Malaysia Timur yang disertai pelbagai negara selain Malaysia.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, dengan tema ‘Energy Growth for Economic Transforma­tion in Digitaliza­tion Age,’ IEW 2020 menjangkak­an penyertaan 150 pempamer, 250 delegasi dan lebih 5,000 pengunjung.

“Selari dengan inisiatif Ekonomi Digital Sarawak, tenaga berkaitan dengan teknologi digital, kandungan

aplikasi dan idea dijangka dipersemba­hkan pada IEW 2020,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada prapelanca­ran IEW 2020 disusuli sidang media di Auditorium Menara LCDA di sini, semalam.

Terdahulu, Pengarah AMB Tarsus Exhibition­s Sdn Bhd Andrew Siow berkata IEW yang akan datang merangkumi pameran antarabang­sa, persidanga­n antarabang­sa, pemadanan perniagaan dan lawatan ke tapak projek serta fasiliti.

Tahun lepas, IEW menarik penyertan 144 pempamer serta 4,351 delegasi dan pengunjung dari pelbagai negara termasuk Brunei, Indonesia, China, India, Filipina, Singapura dan sebagainya.

Tahun depan katanya, fokus adalah kepada Indonesia bertepatan dengan pembanguna­n Kalimantan menerusi rancangan pemindahan ibu negaranya ke wilayah tersebut.

IEW 2020 juga akan menampilka­n pertumbuha­n dan pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang kini memasuki fasa kedua pembanguna­n (2016-2020).

Turut ditampilka­n projek mega Lebuh Raya Pan Borneo yang akan menghubung­kan Sarawak, Sabah menerusi Brunei.

Para pempamer pula terdiri daripada kalangan pembekal dan pengeluar tenaga dan kuasa, penyedia teknologi dan perkhidmat­an bagi elektrik serta yang berkaitan dengan tenaga.

Hadir sama, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Dato Ir Alice Jawan.

Selari dengan inisiatif Ekonomi Digital Sarawak, tenaga berkaitan dengan teknologi digital, kandungan aplikasi dan idea dijangka dipersemba­hkan pada IEW 2020. ”

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

Menteri Utiliti

 ??  ??
 ??  ?? LEBIH HEBAT: Dr Rundi (tengah) selesai menyempurn­akan prapelanca­ran IEW 2020 di Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Alice, Dr Abdul Rahman, Liwan dan Andrew.
LEBIH HEBAT: Dr Rundi (tengah) selesai menyempurn­akan prapelanca­ran IEW 2020 di Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Alice, Dr Abdul Rahman, Liwan dan Andrew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia