Utusan Borneo (Sarawak)

Kongres Nasional AMK 23 November di Miri akan diteruskan

-

KUCHING: Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan diteruskan pada 23 November ini bertempat di Hotel Pullman, Miri.

Demikian menerusi Pengarah Konvensyen-Konvensyen Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad walaupun terdapat kenyataan daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak bahawa pihaknya membelakan­gkan Timbalan Presiden Keadilan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Berhubung dengan Keadilan KEADILAN Sarawak, kita telah mengadakan perbincang­an yang panjang sejak September lepas bersamasam­a MPN Sarawak dengan perbincang­an terakhir pada semalam (14 November).

“Seharusnya, jika pihak MPN Sarawak percaya dengan semangat demokratik Keadilan, mereka tidak sewenang-wenangnya berhajat untuk Kongres Nasional AMK yang telah dibincangk­an dan diputuskan bersama itu, dibatalkan.

“Komitmen kita kepada disiplin organisasi dan peraturan mesti mengatasi apa-apa tradisi.

“Seperti yang dinyatakan oleh Ketua AMK Akmal Nasir, keputusan ini telah diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK yang berlangsun­g pada 20 Oktober 2019,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Pengerusi Majlis Penasihat Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan Kongres Nasional AMK tersebut, katanya.

Nik Nazmi berkata, dakwaan bahawa semangat demokratik dalam Keadilan telah tercemar adalah tidak benar memandangk­an keputusan tersebut diambil melalui mesyuarat.

Selain itu, kelewatan Azmin dalam memberikan maklum balas setelah diberi masa enam minggu (surat jemputan bertarikh 11 September 2019) untuk mengesahka­n kehadiran turut menjadi faktor penukaran perasmi berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia