Utusan Borneo (Sarawak)

Robert De Niro penerima anugerah pencapaian sepanjang hayat SAG 2020

-

PELAKON Robert De Niro, pemenang anugerah Oscar sebanyak dua kali dan dianggap sebagai salah seorang pelakon terbaik dari generasiny­a, akan diiktiraf oleh rakan-rakannya dengan anugerah pencapaian sepanjang hayat Screen Actors Guild (SAG).

De Niro, 76, akan menerima anugerah itu pada Januari tahun depan, kata kesatuan sekerja itu pada Selasa lepas.

“Saya sudah menjadi ahli kesatuan ini selama lebih 50 tahun. Ia adalah satu penghormat­an untuk menerima anugerah ini daripada SAG-AFTRA,” De Niro menyebut dalam satu kenyataan.

Bintang ‘Taxi Driver’, ‘The Deer Hunter’, ‘Silver Linings Playbook’ dan sekarang ‘The Irishman’ akan menyertai pelakon lain yang pernah menerima anugerah sepanjang hayat itu, Alan Alda, Elizabeth Taylor, Morgan Freeman, Clint Eastwood dan Debbie Reynolds di majlis SAG Awards di Los Angeles pada 19 Januari 2020.

Anugerah SAG-AFTRA diundi oleh 160,000 ahli kesatuan pelakon. Anugerah pencapaian sepanjang hayat ini disampaika­n kepada pelakon yang memupuk “ideal terbaik dalam bidang lakonan”.

De Niro, pengasas bersama Festival Filem Tribeca di New York, sudah menerima beberapa penghormat­an kebudayaan tertinggi di Amerika Syarikat, termasuk Pingat Kebebasan Presiden dan satu penghormat­an Pusat Kennedy.

“Daripada api membara Vito Corleone yang muda kepada lembu jantan yang berang Jake LaMotta dan datuk semua orang Ben Whittaker, (De Niro) terus menyentuh hati kita dan membuka minda kita kepada dunia persefaham­an dan emosi yang baharu dan mengujakan,” presiden SAG-AFTRA Gabrielle Carteris menyebut dalam satu kenyataan, yang merujuk kepada wataknya dalam ‘The Godfather II’, ‘Raging Bull’ dan ‘The Intern’.

Anugerah SAG untuk pelakon dalam filem dan televisyen merupakan salah satu acara terbesar pada musim anugerah di Hollywood yang mencapai kemuncakny­a dengan Anugerah Oscar pada 9 Februari.

Pencalonan untuk tahun ini akan diumumkan pada 11 Disember. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia