Utusan Borneo (Sarawak)

Terowong dasar laut: Tiada tindakan pihak berkuasa terhadap Abdul Azeez

-

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak dikenakan sebarang tindakan daripada pihak berkuasa susulan notis tuntutan yang mendakwany­a bersubahat dengan seorang individu bagi memperoleh RM3 juta berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau berkata notis tuntutan yang dikeluarka­n oleh syarikat pemaju projek mega itu, Consortium Zenith Constructi­on

Sdn Bhd, telah ditarik balik dan seterusnya kes itu sudah pun selesai.

“Akhirnya kes itu dibuang, saya tidak ditahan sebaliknya orang lain yang ditahan untuk disiasat,” katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos yang mewakiliny­a berhubung apa akhirnya yang terjadi kepada notis tuntutan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada perbicaraa­n kes saman difailkan olehnya terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataan dalam isu pembinaan projek terowong dasar laut di negeri ini.

Dalam keterangan­nya, bekas Pengerusi Tabung Haji itu turut bersetuju dengan cadangan Jahaberdee­n bahawa langkah pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapny­a menunjukka­n yang beliau tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwa.

Bagaimanap­un, Abdul Azeez tidak bersetuju dengan cadangan peguamnya bahawa susulan beliau tidak ditahan memberi mesej kepada orang awam yang dirinya tidak bersalah.

Sementara itu, ketika pemeriksaa­n balas oleh peguam Datuk N. Mureli yang mewakili Guan Eng, Abdul Azeez tidak bersetuju dengan cadangan Mureli bahawa kenyataan yang dikeluarka­n defendan hanya mempersoal­kan integriti Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak merosakkan reputasiny­a.

Mengenai soalan sama ada kenyataan defendan itu menyebabka­nnya kehilangan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas, Abdul Azeez bersetuju yang kenyataan itu telah mempengaru­hi undi terhadapny­a.

“Semua kenyataan yang menyinggun­g dapat dilihat kesannya pada pilihan raya umum yang lepas. Saya terpaksa menjelaska­n keadaan sebenar kepada rakyat yang bertanya tanpa henti,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Rosilah Yop bersambung 9 Dis ini.

Pada Mac tahun lepas, Abdul Azeez memfailkan saman itu dengan mendakwa Guan Eng mengeluark­an dua kenyataan fitnah masing-masing pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di KOMTAR pada 28 Feb, 2018 dan pada majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang pada tarikh sama yang mengaitkan Abdul Azeez dengan bayaran perundinga­n RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia