Utusan Borneo (Sarawak)

Wang RM1,980,328.37 daripada Yayasan Tun Hussein Onn kini hak kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Wang berjumlah RM1,980,328.37 yang dibekukan daripada akaun Yayasan Tun Hussein Onn, yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili yayasan itu memberitah­u Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa anak guamnya yang merupakan responden dalam permohonan itu bersetuju wang RM1,980,328.37 dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya akan menarik balik permohonan lucut hak itu selepas SPRM memperoleh wang berkenaan daripada yayasan itu.

“Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan terhadap yayasan tersebut mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001,” katanya pada sebutan kes itu semalam.

Ahmad Shahrir membenarka­n wang RM1,980,328.37 daripada akaun yayasan itu dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

Dalam kes lain, Ahmad Shahrir juga membenarka­n wang berjumlah RM121, 205 yang dibekukan daripada akaun Rayhar Travels Sdn Bhd dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

Peguam Mat Yunus Sharif mewakili agensi itu memberitah­u mahkamah bahawa anak guamnya bersetuju wang tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia manakala Allan berkata pihaknya menarik balik permohonan lucut hak itu selepas SPRM memperoleh wang berkenaan.

Di Mahkamah Tinggi lain, Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 26 Dis untuk pendengara­n kes pelucutan hak wang berjumlah RM11.9 juta milik ahli perniagaan, Tan Sri Bustari Yusuf yang disita SPRM didakwa berkaitan dengan skandal penyelewen­gan dana 1MDB.

Perkara itu dimaklumka­n Allan selepas sebutan kes itu di dalam kamar Hakim Sequerah yang turut dihadiri peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin bertindak bagi pihak Bustari.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang suruhanjay­a itu percaya wang berkenaan dipindahka­n daripadaak­aunbankbek­asPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia