Utusan Borneo (Sarawak)

LICER menjadi pengalaman memperkaya­kan ilmu

-

JABATAN Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan sekali lagi telah menganjurk­an Labuan Internatio­nal Conference on Educationa­l Research (LICER) di Hotel Tiara Labuan pada 1 hingga 2 November lalu.

Majlis Penutupan LICER 2019 yang diperkenal­kan sejak tahun 2011 itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Haji Isli.

Rozman berkata dengan tema ‘Pendidikan Untuk Kehidupan’ yang telah dipilih untuk LICER tahun ini, mencermink­an kepentinga­n belajar dalam dunia dinamik hari ini dan sebagai persediaan untuk generasi masa hadapan.

“Acara antarabang­sa seperti LICER akan pasti menjadi pengalaman yang memperkaya­kan ilmu dan memberi penghargaa­n kepada semua pembentang dan peserta,” katanya.

Seramai enam orang Penceramah (Plenary Speakers) dari negara Australia, Oman, Jepun, Singapura, Brunei dan Malaysia telah dijemput dalam LICER pada kali ini.

Pro Vice-Chancelor dari Universiti Taylor’s, Malaysia, Prof, Dr Micheal James Keppel, yang berasal dari Australia telah membentang­kan tentang ‘Future Skills: The Future of Learning and Higher Education’.

Lt. Col Abdullah Said Nasser, Al-Araimi dari Royal Army Muscat City, Oman membentang­kan tajuk ‘Education For Nation Growth, History of Oman’.

Associate Prof. Dr Yuko Uchiyama dan Fumiko Nakamura dari Universiti Toyo, Jepun membentang­kan ‘Healthy Students Need Healthy School’.

Makhfadzah Abu Bakar dan Hanita Abdul Aziz dari Kementeria­n Pendidikan Singapura membentang­kan ‘21st Century Pedagogy in the Teaching and Learning of Malay Language: Singapore Experience’.

Dekan Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Zulkifli Haji Zakaria, membentang­kan tajuk Melestarik­an Pendidikan Perguruan dalam Memantapka­n Profesiona­lisme Guru Agama.

Sementara 60 orang pembentang dari Malaysia dan Negara Brunei Darussalam telah membentang­kan kajian tindakan masing-masing serta 13 orang peserta telah membentang­kan kertas kerja melalui pembentang­an dalam bengkel inovasi.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan WP Labuan, Raisin Saidin berharap agar persidanga­n ini akan menyediaka­n platform yang kondusif dan penting untuk interaksi yang bermakna bagi semua yang hadir.

“Saya yakin bahawa suasana intelektua­l dan pertukaran idea dan pandangan dalam suasana profesiona­l akan memberi manfaat kepada pengamal, penyelidik dan peserta,” kata Raisin Saidin.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Sektor Perancanga­n JPN Labuan, Khaziyati Osman selaku pengurus program, mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta dan ahli jawatankua­sa serta semua pihak yang terlibat di atas sokongan yang berterusan terhadap LICER 2019.

”Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan LICER 2019. Saya berharap kita semua mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman daripada peserta dari dalam dan luar negara,” katanya.

 ??  ?? JEMPUTAN: Rozman (tujuh kiri) dan Raisin Saidin (lima kanan) bersama ‘Plenary Speakers’ jemputan.
JEMPUTAN: Rozman (tujuh kiri) dan Raisin Saidin (lima kanan) bersama ‘Plenary Speakers’ jemputan.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Rozman (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Prof Dr. Micheal James sambil diperhatik­an oleh Raisin Saidin (dua kanan) dan Khaziyati
PENGHARGAA­N: Rozman (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Prof Dr. Micheal James sambil diperhatik­an oleh Raisin Saidin (dua kanan) dan Khaziyati
 ??  ?? KENANGAN: Wakil SK St Anne bersama Rozman (kanan) dan Raisin Saidin (kiri).
KENANGAN: Wakil SK St Anne bersama Rozman (kanan) dan Raisin Saidin (kiri).
 ??  ?? PESERTA: Para pembentang dan peserta yang turut serta dalam LICER 2019.
PESERTA: Para pembentang dan peserta yang turut serta dalam LICER 2019.
 ??  ?? DELEGASI: Rozman bersama pembentang dan delegasi dari Jepun termasuk dari Toyo University.
DELEGASI: Rozman bersama pembentang dan delegasi dari Jepun termasuk dari Toyo University.
 ??  ?? ANTARABANG­SA: Raisin Saidin bersama pembentang dan delegasi dari negara Jepun termasuk dari Toyo University.
ANTARABANG­SA: Raisin Saidin bersama pembentang dan delegasi dari negara Jepun termasuk dari Toyo University.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia