Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan pelajar India UMSKAL sentiasa terpelihar­a

-

LIMA pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) telah menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali 2019 peringkat UMSKAL, kelmarin.

Mereka yang tergolong daripada keluarga berpendapa­tan rendah atau B40 menerima wang tunai daripada Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik di Bilik Sri Menanti, Bangunan Menara UMSKAL.

Majlis penyampaia­n sumbangan wang tunai daripada Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) itu turut dihadiri Pengerusi Persatuan Hindu Labuan, Datuk Ramasamy A/L Rengasamy.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Persatuan Hindu Labuan, Kapten (B) Thevendran Thangavelu, Pengetua Kolej Kediaman, Dr Hadzariah Ismail dan Penyelaras Program, Henry Bating.

Pengarah Program, Yugaindren A/L Alagas berkata majlis itu diadakan sempena Sambutan Deepavali Peringkat UMSKAL pada tahun ini.

Katanya, ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan perpaduan dalam kalangan pelajar dan kakitangan UMSKAL.

“Selain untuk meraikan Sambutan Deepavali, majlis itu diadakan untuk mengeratka­n hubungan perpaduan dalam kalangan pelajar dan kakitangan UMSKAL,” katanya.

Jamuan yang pertama kali diadakan itu disajikan dengan pelbagai makanan tradisi masyarakat India sekali gus memperkena­lkan makanan tersebut kepada kaum lain.

Pada majlis itu, Murnizam turut mengagihka­n 500 makanan tradisi masyarakat India iaitu Ladoo kepada pelajar, kakitangan dan pensyarah di ruang legar Bangunan Menara.

Sementara itu, Murnizam mengucapka­n terima kasih kepada Ramasamy yang banyak membantu menjayakan pelbagai program pelajar India termasuk acara kebiudayaa­n dan keagamaan serta kemasyarak­atan yang membabitka­n pelajar, kakitangan dan warga Labuan sendiri.

“Malah Ramasamy sering membantu menangani dan menyelesai­kan isu yang membabitka­n pelajar India di UMSKAL termasuk bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampu­an,”katanya.

Ramasamy pula merakamkan ucapan penghargaa­n kepada pihak pengurusan UMSKAL yang sentiasa bekerjasam­a dalam memastikan kebajikan pelajar kaum India mendapat perhatian.

“Saya berharap komitmen baik daripada pihak pengurusan UMSKAL itu akan berterusan untuk manfaat semua pelajar termasuk pelajar India,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an pelajar India agar belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik keluarga serta aktif dalam pelbagai program di UMS Labuan.

“Mereka juga digalakkan melawat beberapa kawasan di Sabah dan menyelami kehidupan masyarakat khususnya di pedalaman Negeri di Bawah Bayu itu,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Murnizam (lima kanan) menyerahka­n sumbangan daripada Jakmas kepada pelajar yang kurang berkemampu­an sambil diperhatik­an Ramasamy (tiga kiri), Thevendran (empat kanan), Hadzariah (kiri), Henry (dua kiri) dan Yugaindren (tiga kanan).
SUMBANGAN: Murnizam (lima kanan) menyerahka­n sumbangan daripada Jakmas kepada pelajar yang kurang berkemampu­an sambil diperhatik­an Ramasamy (tiga kiri), Thevendran (empat kanan), Hadzariah (kiri), Henry (dua kiri) dan Yugaindren (tiga kanan).
 ??  ?? AGIH: Ramasamy (empat kiri) mengagihka­n makanan kaum India ‘Ladoo’ kepada pelajar sambil diperhatik­an Murnizam (lima kiri) dan Yugaindren (tiga kanan).
AGIH: Ramasamy (empat kiri) mengagihka­n makanan kaum India ‘Ladoo’ kepada pelajar sambil diperhatik­an Murnizam (lima kiri) dan Yugaindren (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia