Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa berperanan lahirkan modal insan cemerlang

- Oleh Kenneddy Corlleus

IBU bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan sempurna dari segi jasmani, rohani, emosi, mental dan intelek.

Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Winnie Phan berkata, ibubapa tidak seharusnya meletakkan tanggungja­wab sepenuhnya kepada warga guru dalam mendidik anak-anak mereka.

Jelas beliau, dalam masa yang sama mereka perlu memberikan dorongan berterusan bagi memastikan kejayaan para pelajar menjadi modal insan kepada pembanguna­n dan kepimpinan negara pada masa akan datang dapat direalisas­ikan.

Menurut beliau semua pihak semestinya berganding bahu danmengatu­rlangkahbe­rusaha untuk merealisas­inya di mana hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlan­gan akademik yang tinggi mampu digapai.

“Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungja­wab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pegawai Pendidikan daerah Penampang merasmikan Majlis Anugerah kecemerlan­gan Sekolah Kebangsaan (SK) Bahang di dewan sekolah pagi semalam.

Hadir sama Guru Besar SK Bahang Saadiah Zakaria, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Bahang Dino Lester dan Naib Yang Dipertua PIBG SK Bahang Peter Polodo.

Menurut Winnie sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabang­sa perlu digalas semua pihak.

Pelbagai program diperkenal­kan Kementeria­n Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform meningkatk­an penglibata­n ibu bapa dengan pembelajar­an anak-anak serta menggalakk­an penglibata­n komuniti dengan sekolah.

Winnie berkata usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu bukan sekadar pengikut, amat penting bagi mempersiap­kan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.

“Selama ini, kita beranggapa­n penglibata­n ibu bapa dengan pembelajar­an anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi.

“Namun,denganperu­bahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak dalam erti kata ibu bapa menitikber­atkan soal pembelajar­an secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah,” katanya.

Mengulas majlis tersebut Winnie, berkata ianya adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasi­kan para murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

“Diharapkan yang cemerlang akan terus mempertaha­nkan momentum kecemerlan­gan ini hingga ke menara gading kerana ianya tidak akan berulang secara sendirinya pada masa hadapan kerana hakikatnya kita berhadapan dengan cabaran baru yang menuntut kita supaya meneroka ilmu terkini melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlan­gan.

“Bagi yang kurang cemerlang pula jangan mudah berputus asa pertingkat­kan usaha dengan menjadikan kecermalan­gan yang dicapai oleh rakan rakan sebagai pendorong semangat mencapai kejayaan yang lebih baik,” tambah Winnie.

 ??  ?? CEMERLANG: Winnie (tengah) bersama guru-guru dan para pelajar yang menerima anugerah kecemerlan­gan pada majlis tersebut.
CEMERLANG: Winnie (tengah) bersama guru-guru dan para pelajar yang menerima anugerah kecemerlan­gan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia