Utusan Borneo (Sarawak)

PROJEK JAMBATAN DILAKSANA SECARA TENDER TERBUKA

Melobi untuk mendapatka­n projek-projek berkenaan tidak akan dibenarkan berlaku

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata semua projek jambatan di negeri ini yang menelan kos berbilion ringgit akan dilaksanak­an secara tender terbuka.

Beliau menegaskan, melobi untuk mendapatka­n projekproj­ek berkenaan tidak akan dibenarkan berlaku kerana kerajaan negeri kini ke arah tadbir urus yang baik serta telus.

Beberapa daripada projek jambatan berkenaan katanya, merupakan penghubung kepada laluan yang terputus (missing link) Jalan Pesisir, dibangunka­n untuk membangunk­an potensi kawasan pesisir Sarawak terutama dalam sektor pengeluara­n makanan.

“Hanya beberapa minggu lepas, kita melancarka­n pembinaan projek Jambatan Batang Rambungan dan sebelum ini (kita melancarka­n) pembinaan Jambatan Kuala Kemena dan Jambatan Batang Lassa.

“Tidak lama lagi kita akan melancarka­n projek Jambatan Batang Saribas, Jambatan Batang Krian dan Jambatan Batang Paloh.

“Jambatan Batang Lupar bernilai kira-kira RM1 bilion akan ditender.

“Semua projek jambatan ini yang bernilai beberapa bilion ringgit akan dilaksanak­an secara tender terbuka dan melobi pasti tidak berlaku seiring dengan usaha kita ke arah tadbir urus yang baik dan telus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari

Perhimpuna­n Awam (HPA) Negeri Sarawak 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Abang Johari berkata beliau gembira kerana beberapa projek pembanguna­n yang telah diluluskan telah bermula atau sudah ditender dalam tempoh dua tahun ini sejak 2018.

Menurutnya, bagi memastikan semua projek pembanguna­n yang diluluskan dalam Belanjawan Negeri 2020 dan Belanjawan Negeri 2019 dilaksana dan disiapkan mengikut jadual, Jawatankua­sa Penyelaras dan Pembanguna­n Negeri ditubuhkan.

“Integriti kita tidak hanya menolak rasuah atau bebas daripada salah guna kuasa tetapi lebih daripada itu, rakyat juga menilai integriti dan kebolehper­cayaan kita berdasarka­n keupayaan kita memastikan projek-projek dijanjikan di siap

kan mengikut peruntukan dan jadual ditetapkan.

“Keupayaan kita merancang program-program pembanguna­n dan mengurus ekonomi secara berstruktu­r dan cara baik juga menggambar­kan integriti sebagai penjawat atau pegawai kerajaan,” katanya.

Sudah tentu ujarnya, wujud masalah-masalah, teknikal atau sebaliknya semasa pelaksanaa­n projek-projek tetapi ia mesti diselesaik­an dengan bijak seterusnya diperbetul­kan segera.

Dalam perkembang­an berkaitan beliau berkata penjawat awam negeri ini khasnya tidak sekadar mengisi kekosongan jawatan tetapi membantu merancang serta melaksanak­an program-program pembanguna­n untuk manfaat rakyat.

Beliau berkata integriti yang tinggi dalam kalangan penjawat awam amat perlu bagi memastikan semua projek diluluskan dalam Belanjawan Negeri 2020 juga Belanjawan Negeri 2019 dilaksana dan disiapkan mengisi jadual.

Menurutnya fokus utama Belanjawan Negeri 2020 ialah pembanguna­n dan transforma­si luar bandar dengan peruntukan RM6.6 bilion daripada keseluruha­n bajet kira-kira RM9.9 bilion bagi melaksanak­an pelbagai projek infrastruk­tur dan utiliti.

“Justeru tema ‘Excellent Service Delivery Through Integrity and Profession­alism’ tepat pada masanya, walaupun perkara ini bukan sesuatu yang baharu ia harus terus diperjuang­kan, dipupuk dan diperkukuh­kan supaya penyampaia­n perkhidmat­an kita mampu mencapai taraf dunia dari segi tadbir urus,” katanya.

“Semua projek jambatan ini yang bernilai beberapa bilion ringgit akan dilaksanak­an secara tender terbuka dan melobi pasti tidak berlaku seiring dengan usaha kita ke arah tadbir urus yang baik dan telus.”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? SIMBOLIK: Abang Johari dibantu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion memasukkan ‘Sarawak ID’ pada panel komputer sebagai simbolik perasmian Hari Perkhidmat­an Awam (HPA) Negeri Sarawak 2019 semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi SIMBOLIK: Abang Johari dibantu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion memasukkan ‘Sarawak ID’ pada panel komputer sebagai simbolik perasmian Hari Perkhidmat­an Awam (HPA) Negeri Sarawak 2019 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia