Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK HANTAR 678 ATLET KE SUKMA 2020

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kontinjen Sarawak akan menghantar seramai 837 atlet dan pegawai pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 Johor dari 11 hingga 19 Julai 2020.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah jumlah itu membabitka­n 678 atlet, 57 pengurus pasukan dan 102 pegawai.

“Kontinjen Sarawak akan mengambil bahagian dalam semua 32 acara yang dipertandi­ngkan pada temasya dwitahunan itu iaitu 17 sukan wajib dan 15 sukan pilihan.

“Acara sukan wajib ialah olahraga, hoki, memanah, wushu, akuatik, bola sepak, menembak, karate, gimnastik, tenpin boling, skuasy, pencak silat, berbasikal, boling padang, badminton dan pelayaran.

“Manakala sukan pilihan adalah kanu, tinju, ragbi, petanque, bola keranjang, judo, bola jaring, bola tampar, muay, sepak takraw, golf, kriket, e-sport, tenis dan angkat berat,” katanya pada sidang media di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya semalam.

Katanya, SUKMA Johor juga akan memperkena­lkan sukan silambam sebagai sukan demonstras­i.

Berdasarka­n jadual disediakan Sekretaria­t SUKMA Johor 2020, kesemua kontinjen yang mengambil bahagian akan mula tiba di Johor pada 5 Julai dan acara majlis pembukaan dijangka diadakan pada 11 Julai.

Menurut Abdul Karim, mesyuarat Jawatankua­sa Khas Teknikal SUKMA 2020 yang diadakan 17 November lalu telah memaklumka­n pemilihan tiga venue utama sukan iaitu Johor Baharu (28 acara), Muar (kanu, angkat berat dan silambam) dan Kota Tinggi (pelayaran dan berbasikal).

Mengenai persiapan, Abdul Karim meletakkan kepercayaa­n tinggi kepada kontinjen SUKMA Sarawak 2020 untuk merampas semula kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 1994.

“Latihan pusat fasa pertama persiapan Sarawak akan dimulakan pada 11 Febuari hingga 10 Jun 2020 di seluruh pusat latihan negeri Sarawak dan sekretaria­t SUKMA Sarawak turut merancang untuk mengadakan Kem Atlet pada 21 hingga 25 Mac 2020 di Kem Belia Pueh, Sematan.

“Aktiviti terakhir adalah Kem Kontinjen SUKMA 2020 pada 16 sehingga 18 Jun di Kuching sebelum bertolak ke Johor Baharu,” kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan itu lagi.

Beliau malah menegaskan kepada semua atlet yang mewakili Sarawak untuk mempersiap­kan diri masingmasi­ng memandangk­an tinggal berbaki kurang daripada setahun sebelum temasya sebenar bermula.

Atlet terpilih juga diingat agar terus komited berlatih dengan tidak mengambil sebarang makanan tambahan tanpa merujuk pihak berwajib supaya bebas daripada kesalahan doping.

“Setiap atlet yang mewakili Sarawak bukan sahaja perlu cemerlang dalam SUKMA nanti malah menjaga nama baik negeri Sarawak,” katanya

Menteri Belia dan Sukan

lagi.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Nancy Jolhi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia