Utusan Borneo (Sarawak)

Budak ditembak mati selepas dirogol cetus marah seluruh India

-

PATNA: Seorang budak perempuan di timur India didakwa telah dirogol dan ditembak mati, kata polis kelmarin, kejadian terbaharu dalam satu siri serangan seksual yang mencetuska­n protes marah di seluruh negara.

Polis mengesyaki bahawa mangsa, yang usia dan identitiny­a tidak diketahui, telah dirogol secara berkumpula­n, dibunuh dan mayatnya dibakar sebelum dihumban di sebuah padang terbiar di pekan Buxar di daerah Bihar.

“Kami menerima mayat rentungnya kelmarin, sehari selepas dia hilang dari rumahnya di pekan Buxar,” seorang pegawai polis memberitah­u AFP.

Anggota polis itu menyatakan mereka masih menunggu laporan perubatan.

Insiden itu berlaku selepas kejadian rogol secara berkumpula­n dan pembunuhan kejam seorang doktor veterinari berusia 27 tahun di bandar selatan Hyderabad pada minggu lepas.

Sekumpulan empat lelaki telah membuang angin tayar skuter beliau dan memperdaya­nya ke sebuah kawasan trak dengan janji untuk membaikiny­a.

Polis berkata lelaki tersebut kemudian merogol dan membunuhny­a sebelum membakar mayat di bawah sebatang jambatan terpencil.

Jenayah mengerikan itu mencetuska­n bantahan di sekitar India, dengan penunjuk perasaan menggesa pihak berkuasa agar memastikan kes rogol segera dibicaraka­n dan mereka yang disabitkan dihukum tanpa penangguha­n.

Kelmarin, beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di tengah ibu negara New Delhi menuntut pelaksanaa­n hukuman yang lebih cepat terhadap perogol.

Kes-kes di India sering menjadi lembap selama beberapa tahun di bawah sistem kehakiman yang berselirat di negara ini di sebalik usaha terbaharu untuk membentuk mahkamah yang cekap.

Sebahagian penunjuk perasaan kelmarin menyeru bagi hukuman yang berat dan segera. “Sekiranya wanita memenggal kepala beberapa perogol ini, maka secara automatikn­ya kita akan melihat masyarakat berubah menjadi lebih baik,” kata penunjuk perasaan Kanchan Giri yang membawa sebilah pedang.

“Saya fikir wanita patut membawa pedang ketika melangkah keluar dari rumah supaya sekiranya mereka berdepan dengan perogol mereka boleh memenggal kepalanya.”

Swati Maliwal, ketua Jawatankua­sa Wanita Delhi, mengumumka­n beliau akan melakukan mogok lapar bagi menuntut satu undangunda­ng yang menetapkan sesiapa yang merogol mangsa bawah umur akan digantung dalam tempoh enam bulan selepas pensabitan.

“Saya menuntut hukuman yang lebih tegas dan cepat,” kata beliau, duduk bersama penunjuk perasaan yang lain.

Keganasan seksual terhadap wanita telah menjadi perhatian umum selepas kejadian rogol secara berkumpula­n terhadap seorang pelajar fisioterap­i di dalam sebuah bas New Delhi pada 2012.

Lebih 33,000 wanita telah dirogol di India pada 2017, menurut perangkaan rasmi terbaharu.

 ??  ??
 ?? — Gambar Anushree Fadnavis/Reuters ?? PROTES: Orang ramai menyertai perhimpuna­n untuk membantah keganasan seksual terhadap kaum wanita di Hyderabad, New Delhi, India kelmarin.
— Gambar Anushree Fadnavis/Reuters PROTES: Orang ramai menyertai perhimpuna­n untuk membantah keganasan seksual terhadap kaum wanita di Hyderabad, New Delhi, India kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia