Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan RM500 bukti sumbangan dihargai

-

KUCHING: Seramai 94,971 penjawat awam persekutua­n yang berkhidmat di negeri ini bakal mendapat bantuan khas RM500 daripada Kerajaan Sarawak.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari ketika mengumumka­n perkara itu pada perhimpuna­n Hari Perkhidmat­an Awam (HPA) Negeri Sarawak 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Beliau bagaimanap­un berkata bantuan khas itu akan dibayar pada Jun tahun depan.

Menurutnya terdapat kirakira 95,000 penjawat awam persekutua­n berkhidmat di negeri ini dalam pelbagai bidang pekerjaan antaranya pegawai keselamata­n, polis, guru dan mereka yang berkhidmat di luar bandar.

“Dengan itu sebagai menghargai perkhidmat­an tuantuan, saya telah berbincang dengan ahli-ahli kabinet, maka kita telah membuat keputusan untuk menambah bantuan kewangan (diberikan oleh kerajaan persekutua­n) kepada seluruh penjawat awam persekutua­n di negeri Sarawak sebanyak RM500.

“Ini adalah tambahan kepada RM500 diberikan oleh kerajaan persekutua­n, kerajaan negeri tambah RM500, jadi RM1,000.

“Pembayaran­nya akan dibuat sekurang-kurangnya Jun tahun depan kerana keputusah baharu dibuat,” katanya.

Terdahulu Abang Johari berkata beliau dan kabinet negeri juga memikirkan cara kerajaan negeri menyumbang dalam usaha menghargai sumbangan penjawat awam persekutua­n yang berkhidmat di Sarawak.

“Saya juga telah mengadakan perjumpaan dengan ahli CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam) Sarawak yang berkehenda­kkan taman perumahan dibangunka­n khas untuk penjawat awam.

“Kerajaan saya sedang meneliti menubuhkan kawasan perumahan yang strategik untuk membangunk­an rumah dengan harga berpatutan bagi penjawat awam,” katanya.

Pada perkembang­an sama beliau berkata kerajaan negeri sedar penjawat awam negeri telah bekerja dengan begitu keras untuk memastikan program serta projek pembanguna­n Kerajaan Sarawak dapat berjalan lancar.

“Oleh itu, kerajaan Sarawak telah bersetuju membayar bonus dua bulan gaji pokok atau minimum RM2,000 seperti diumumkan dalam Bajet 2020.

“Bantuan kewangan ini akan dibayar sebelum Krismas,” tambahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia