Utusan Borneo (Sarawak)

UGGAH MENANG KES SAMAN VERNON

Hakim Mahkamah Tinggi arah Vernon bayar kos ganti rugi berjumlah RM200,000.

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menang dalam kes saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Vernon Kedit berhubung dakwaan Vernon yang melabelkan­nya sebagai ‘penipu’ dan ‘pengkhiana­t.’

Hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran N. Paramaguru mendapati dakwaan yang dikeluarka­n Vernon itu berunsur fitnah terhadap plaintif (Uggah) dan mengarahka­n Vernon membayar kos ganti rugi berjumlah RM200,000.

“Defendan juga diarahkan untuk membayar RM40,000 untuk kos guaman,” ujar beliau semasa memberi keputusann­ya mengenai kes itu, pagi semalam.

“Mahkamah juga membenarka­n injunksi melarang Vernon mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.”

Injunksi dikeluarka­n untuk melarang Vernon atau ejennya sama ada secara langsung atau tidak mengeluark­an kenyataan yang sama atau berunsur fitnah terhadap plaintif dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Hakim Ravinthran membuat keputusan demikian selepas menimbang tara jumlah wang kerugian yang dituntut oleh keduadua belah pihak dalam kes saman fitnah itu sebelum keputusan diumumkan.

Peguam Uggah, Sim Hui Chuang selaku plaintif memohon wang ganti rugi berjumlah RM150,000, manakala pihak defendan pula mengenakan tuntutan berjumlah RM25,000.

Sementara itu, peguam Vernon, Desmond Kho menjelaska­n kepada pemberita bahawa mahkamah mendapati anak guamnya tidak pernah berusaha untuk menyemak semula kenyataan yang dikeluarka­nnya.

Ujarnya, beliau akan menanti arahan selanjutny­a daripada anak guamnya (Vernon) berhubung isu rayuan.

“Segala keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu semula sekiranya anak guam saya tidak berpuas hati dengan keputusan itu,” ujar Desmond ketika diminta mengulas mengenai kes terbabit.

“Namun keputusan untuk merayu semula terletak di tangan beliau. Beliau kini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan dan saya akan memaklumka­n beliau mengenai hal ini nanti.”

Uggah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban memfailkan kes saman fitnah pada 8 Ogos 2018 berikutan Vernon melabelkan­nya sebagai ‘penipu’ dan ‘pengkhiana­t’ menerusi kumpulan WhatsApp PKR State Media pada 12 Julai 2018.

Beliau dalam hal ini mengulas mengenai dakwaan ke tidak sempurna a n Rang Undang Undang Kanun Tanah( Pindaan )2018 yang menukarkan hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) kepada domain kawasan peribumi (NTD).

Turut hadir mewakili Uggah yang kini sedang berada di Eropah ialah Timbalan Ketua Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Ibrahim Baki.

Vernon diwakili peguam, Desmond Kho manakala pihak plaintif (Uggah) diwakili peguam, Sim Hui Chuang dan Stella Lim.

 ??  ?? SOKONGAN: Datuk Ibrahim Baki (tengah) bersama setiausaha politik dan yang lain meraikan kejayaan.
SOKONGAN: Datuk Ibrahim Baki (tengah) bersama setiausaha politik dan yang lain meraikan kejayaan.
 ??  ?? VERNON
VERNON
 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia