Utusan Borneo (Sarawak)

ENAM SUSPEK CURI, TEMBAK KHINZIR DARI LADANG TERNAKAN DICEKUP

-

SIBU: Sekumpulan enam individu termasuk dua wanita ditahan kerana disyaki menembak dua ekor khinzir di kawasan ladang ternakan di Jalan Durin, Sibu Jaya dekat sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kesemua suspek berumur antara 20 dan 46 didapati menceroboh kawasan ternakan khinzir oleh pemilik ladang ternakan itu sendiri bersama tiga rakannya ketika mereka membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian sekitar jam 5.30 petang.

“Pengadu telah dimaklumka­n ayahnya bahawa terdapat beberapa orang sedang menceroboh kawasan ladang ternakan mereka dipercayai berniat untuk mencuri khinzir di situ dalam kejadian jam 1.30 petang itu.

“Pemeriksaa­n yang dibuat pengadu bersama tiga rakan dan dibantu seorang pengawal keselamata­n telah menjumpai dua khinzir yang telah dipotong dan dua laras senapang patah di dalam kenderaan yang dinaiki semua suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pengadu, 33, seorang peniaga gerai, percaya dua khinzir tersebut adalah khinzir ternakan keluargany­a yang telah ditembak suspek.

Menurut Stanley, kesemua suspek telah ditahan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian sejurus dimaklumka­n.

Katanya, barang kes termasuk sebuah kereta, dua laras senapang patah, lima bilah parang dan dua ekor khinzir yang telah dipotong telah dirampas.

Difahamkan, kehilangan khinzir ternakan di situ sering berlaku sejak empat tahun kebelakang­an ini memaksa pengadu untuk melakukan pemeriksaa­n lebih kerap sehingga tertangkap­nya semua suspek terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” tambahnya.

 ??  ?? TUMPAS: Enam suspek termasuk
dua wanita yang ditahan.
TUMPAS: Enam suspek termasuk dua wanita yang ditahan.
 ??  ?? BARANG KES: Dua laras senapang
patah antara yang dirampas.
BARANG KES: Dua laras senapang patah antara yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia