Utusan Borneo (Sarawak)

Cederakan bapa, lelaki dipenjara dan didenda

Tertuduh sengaja cederakan bapa kandungnya di kepala dan tangan bersenjata­kan kayu penyapu

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Padah mencederak­an bapa sendiri, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Wong Sheng Yuen, 34, dari Taman Tunku, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja mencederak­an bapa kandungnya Wong Ngia Heng, 63, di bahagian kepala dan tangan dengan bersenjata­kan kayu penyapu dan kayu menyerupai belantan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 pagi, 31 Mac tahun ini di sebuah rumah di Jalan Rejang 21, Taman Tunku di sini.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 28 November lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed manakala tertuduh tidak diwakili peguama bela.

Sementara di Mahkamah

Majistret , Wong turut didenda RM4,000 atau lima bulan penjara kerana melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Huang Soh Eng, 63.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang, 21 November lalu di rumah keluargany­a di Jalan Rejang 21, Taman Tunku di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen

506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan dan memberitah­u dia amat menyesal di atas perbuatann­ya itu terhadap ibunya.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia