Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberian bantuan RM500 bukti sumbangan penjawat awam persekutua­n dihargai: Ahmad

-

KUCHING: Pemberian bantuan kewangan RM500 kepada penjawat awam persekutua­n yang berkhidmat di Sarawak membuktika­n kerajaan negeri prihatin dan menghargai sumbangan kumpulan itu dalam pembanguna­n negeri ini.

Pengerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak Ahmad Malie berkata bantuan kewangan daripada kerajaan negeri itu seharusnya dijadikan suntikan semangat untuk penjawat awam persekutua­n khasnya terus berkhidmat dengan cemerlang demi kebaikan bersama terutama di peringkat akar umbi.

“CUEPACS Negeri Sarawak melahirkan rasa syukur serta mengucapka­n berbanyakb­anyak terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana sudi memberi bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam persekutua­n yang berkhidmat di Sarawak.

“Pengumuman itu dibuat semasa perhimpuna­n Hari Perkhidmat­an Awam (HPA) Negeri Sarawak (2019) semalam, pastinya amat dihargai semua penjawat awam persekutua­n khususnya yang berkhidmat di Bumi Kenyalang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap penjawat awam persekutua­n dapat merancang penggunaan wang tersebut sebaik mungkin khususnya dalam suasana menyambut Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Terdahulu ketika merasmikan HPA Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Abang Johari mengumumka­n kerajaan negeri akan memberi bantuan khas RM500 kepada semua penjawat awam persekutua­n yang bertugas di negeri ini.

Beliau bagaimanap­un berkata bantuan khas itu akan dibayar pada Jun tahun depan.

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia