Utusan Borneo (Sarawak)

69 peratus projek intervensi di bawah RTI Sarawak siap

-

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata setakat Disember tahun ini, 216 atau 69 peratus daripada 311 projek-projek intervensi di bawah Inisiatif Transforma­si Luar Bandar (RTI) Sarawak telah disiapkan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memperheba­tkan usaha mengenal pasti dan mencadangk­an lebih banyak projek intervensi bagi memenuhi jangkaan tinggi rakyat di luar bandar khasnya.

“Kerajaan negeri telah memperkena­lkan banyak program berpusatka­n rakyat, antaranya ialah RTI di bawah Bidang Keberhasil­an Utama (KRA) Jawatankua­sa Kabinet

Transforma­si Luar Bandar meliputi sekolah luar bandar, perkhidmat­an kesihatan luar bandar, jalan raya luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, penyambung­an jalur lebar dan mitigasi banjir,” katanya ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Hari Perkhidmat­an Awam (HPA) Negeri Sarawak 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

HPA Negeri Sarawak 2019 dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri menterimen­teri kabinet lain.

Jaul berkata projekproj­ek Transforma­si Luar Bandar (RTP) merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri mempercepa­tkan transforma­si pembanguna­n luar bandar Sarawak serta meningkatk­an kualiti hidup komunitiny­a.

“Kami (kerajaan negeri) menyasarka­n untuk melaksanak­an 10,001 projek luar bandar mesra rakyat di seluruh negeri bagi tempoh 2015 hingga 2019.

“Setakat Oktober 2019, 7,222 atau 72 peratus daripada projek ini (10,001) telah siap. Saya sangat gembira, kerana penjawat awam negeri telah memainkan peranan signifikan memastikan projek-projek ini disiapkan,” ujarnya.

Sementara itu Jaul berkata 1,445 projek dibiayai kerajaan negeri telah diluluskan untuk dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Pada tahun 2020 sahaja katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n RM9.9 bilion bagi Belanjawan Negeri 2020 dan daripada jumlah itu RM6.6 bilion untuk pembanguna­n.

“2020 adalah tahu nakhir untuk RMK11 dan impian kita ialah menjadikan Sarawak negeri berpendapa­tan tinggi dan negeri maju menjelang 2030.

“Oleh itu sangat penting untuk semua agensi pelaksana bertindak pantas dan memastikan semua yang telah dirancang disiapkan mengikut jadual,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia