Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah akan derma wang ganti rugi RM200,000

Ganti rugi diperoleh selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit

-

RM200,000 yang diperoleh daripada kes tersebut akan diderma kepada pertubuhan-pertubuhan amal yang akan ditentukan kelak.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan menderma wang ganti rugi berjumlah RM200,000 yang diperolehn­ya daripada kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Vernon Kedit.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu bagaimanap­un tidak menjelaska­n dengan lebih lanjut mengenai badan

Timbalan Ketua Menteri

persatuan atau pihak yang akan menerima wang tersebut.

“RM200,000 yang diperoleh daripada kes tersebut akan diderma kepada pertubuhan-pertubuhan amal yang akan ditentukan kelak,” ujar beliau semasa dihubungi The Borneo Post.

Uggah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Bukit Saban itu juga menyatakan bahawa kejayaan yang diperoleh di mahkamah itu ditujukan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kejayaan ini adalah ditujukan kepada kerajaan GPS terutama untuk isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),” tambah beliau yang kini sedang berada di Eropah.

Dalam pada itu, Uggah menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi semalam merupakan amaran kepada orang ramai agar tidak melampaui batas ketika berpolitik.

Hakim Ravinthran N Paramaguru dalam keputusann­ya mengenai kes saman fitnah ini mendapati bahawa Vernon telah memfitnah Uggah dengan melabelkan­nya sebagai ‘penipu’ dan ‘pengkhiana­t’ menerusi kumpulan WhatsApp PKR State Media tahun lalu.

Vernon diarahkan untuk membayar ganti rugi

RM200,000, kos guaman RM40,000 dan dikenakan injunksi.

Beliau yang kini sedang berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi bagaimanap­un gagal dihubungi.

Injunksi dikeluarka­n untuk melarang defendan atau ejennya sama ada secara langsung atau tidak mengeluark­an kenyataan sama atau berunsur fitnah terhadap plaintif dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia