Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Karim sokong tindakan tegas ke atas pelancong menetap lebih masa

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyokong langkah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap pelancong dari China dan India yang menetap lebih masa di negara ini.

Beliau juga mahu Jabatan Imigresen yang bertanggun­gjawab mengawal pintu masuk negara ini lebih tegas bagi mengelak masalah itu semakin berleluasa.

“Sepatutnya perkara-perkara sebegini pihak imigresen perlu bertegas sedikit.

“Saya memang bersetuju mesti diambil tindakan kerana jumlah yang difahamkan masuk dan tidak balik mencecah hingga ratusan ribu. Ini memang jelas sangat tidak baik kepada kita.

“Kita ada undang-undang. Kalau tidak apa guna pelancong masuk guna pasport.

“Baik kita buka saja perbatasan kalau kita tidak dapat mengawal mereka masuk atau keluar,” katanya pada sidang media persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) XX

Johor 2020 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya semalam.

Menurut Abdul Karim, kerajaan perlu bertindak tegas dengan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah bagi memberi peringatan kepada yang lain.

“Tangkap dan bawa dua tiga orang ke mahkamah. Yang lain mesti takut,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanap­un memuji Jabatan Imigresen Negeri yang sentiasa proaktif dalam mengawal pendatang asing tanpa izin (PATI) berbanding negeri-negeri di Semenanjun­g dan Sabah.

“Mujur kita di Sarawak mengawal sendiri Jabatan Imigresen. Sarawak tidak menghadapi masalah pendatang asing teruk seperti berlaku di Sabah. Boleh dikatakan kawasan di sini adalah baik,” katanya.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia