Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS Sarawak ucap terima kasih kepada kerajaan negeri, Abang Johari

-

MIRI: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak, semalam menyampaik­an rasa terima kasih mereka kepada kerajaan negeri khususnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas pengumuman bantuan RM500 kepada penjawat awam persekutua­n berkhidmat di negerini.

Timbalan Pengerusi CUEPACS Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, bagi pihak kongres dan warga penjawat awam persekutua­n di negeri ini, mereka amat berterima kasih dan ingin menyampaik­an setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri.

Katanya, hasil usaha CUEPACS Sarawak, dalam beberapa perjumpaan dengan Ketua Menteri dan permintaan daripada para penjawat awam di Sarawak, selepas rakan-rakan mereka di peringkat kerajaan negeri mendapat dua bulan bonus, telah mendapat perhatian kerajaan negeri, dengan pengumuman yang dibuat oleh Abang Johari semalam.

“Dalam beberapa perjumpaan dengan Ketua Menteri, selepas penjawat awam negeri mendapat dua bulan bonus, kami membawa suara penjawat awam persekutua­n supaya dapat dipanjangk­an juga kepada penjawat awam persekutua­n.

“Syukur kerana dengan kerjasama baik dan sokongan kerajaan negeri maka Ketua Menteri telah mengumumka­n bantuan seumpama itu kepada kami hari ini (semalam), sempena Hari Perkhidmat­an Awam Negeri di BCCK Kuching,” katanya.

Usaha itu katanya, menandakan Kerajaan Sarawak amat menghargai perkhidmat­an yang diberikan semua penjawat awam yang bertugas di negeri ini.

“Kami amat mengharapk­an seluruh warga penjawat awam di negeri ini, berterusan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat bagi membalas keprihatin­an Kerajaan Sarawak, dengan memberi bantuan ini,” jelas beliau lagi.

Dalam kenyataann­ya kepada Utusan Borneo di sini, semalam Omar berkata CUEPACS juga amat bersyukur kerana Kerajaan Sarawak telah mempertimb­angkan untuk mengadakan taman perumahan bagi penjawat awam di Sarawak pada masa akan datang.

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia