Utusan Borneo (Sarawak)

PPPU UNIMAS, JPNS anjur persidanga­n bersama sekolah-sekolah menengah

-

KUCHING: Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) UNIMAS dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) berjaya menganjurk­an Persidanga­n Meja Bulat Pusat Pengajian Pra-Universiti Bersama Sekolah-Sekolah Menengah Sarawak 2019 di sini.

Majlis perasmian persidanga­n itu disempurna­kan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini baru-baru ini.

Lebih 20 sekolah menghantar wakil terdiri daripada para pengetua serta guru bimbingan dan kaunseling pada persidanga­n yang diadakan selama sehari itu.

Turut diadakan sesi penerangan Sistem Kemasukan UPU oleh Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Wahi Nordin dan pembentang­an program dan syarat kemasukan PPPU UNIMAS oleh Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Siswazah PPPU UNIMAS Dhana Jay Raja Gopal.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Dr Ahmad Hata berkata UNIMAS melihat persidanga­n itu antara lain meningkatk­an kecekapan sistem penyampaia­n melalui agenda kolaborati­f kreatif dan sistematik serta melancarka­n capaian informasi tentang kriteria kemasukan Program PPPU UNIMAS di mana kumpulan sasaran adalah pelajar di peringkat sekolah menengah dalam bidang keutamaan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM).

“UNIMAS melihat agenda perkongsia­n maklumat seumpama ini merupakan antara mode dan kaedah terbaik dalam peranan UNIMAS sebagai institusi pengajian tinggi awam di Sarawak.

“Persidanga­n ini akan menjadi platform yang paling sesuai untuk program pertukaran maklumat dan penambahba­ikan isu-isu teknikal persediaan pelajar dan penawaran program pengajian pra-universiti UNIMAS,” katanya dalam kenyataan media semalam.

DrAhmadHat­amenambah, persidanga­n tersebut juga sejajar dengan hasrat kerajaan terutama Kementeria­n Pendidikan menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pembanguna­n pendidikan yang bersifat inovasi, kualiti, keberhasil­an dan inklusif.

Justeru jelas beliau, penganjura­npersidang­anyang berkualiti seperti itu diharap dapat memberi keberhasil­an yang positif melibatkan kerjasama universiti dan sekolah secara inklusif.

Katanya UNIMAS akan terus mendorong dan memacu seluruh pemegang taruhnya dalam pelbagai aspek dan strategi seperti menerusi PPPU UNIMAS yang akan menyediaka­n akses maklumat tentang pengajian tinggi peringkat pra-universiti dalam bidang keutamaan STEM.

“Menerusi PPPU UNIMAS, kita akan menyediaka­n akses outreach kepada komuniti dan masyarakat seperti persidanga­n yang diadakan pada hari ini.

“Namun, akses yang direncanak­an ini tidak hanya terhad kepada persediaan dan penawaran program pengajian semata-mata, tetapi turut mencakupi galakan dan sokongan pemajuan ilmu yang juga merupakan agenda pembentuka­n nilai masyarakat yang perlu turut diamati oleh setiap golongan,” jelasnya.

Beliau berharap perkongsia­n maklumat dan pemajuan ilmu seperti persidanga­n tersebut dapat mengukuhka­n jaringan kerjasama penyampaia­n kepada kumpulan sasar iaitu pelajar-pelajar sekolah serta maklumat yang jelas dan informasi teknikal yang diberikan dapat membantu memudah dan melancarka­n persediaan pelajar bagi tujuan permohonan program pengajian kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia